Followers

17 Apr 2012

[RESEPI] Singgang Ikan Hari Ini KuBujang Lagi




Selamat petang, tuan-tuan , puan-puan , sedara sedari cikebum cikebum sekelian...



Hari ni Makbed nak ngajo masak satu resepi yang super senang. Dan resepi ni memang diamalkan oleh ibu-ibu selepas melahirkan. 



Maafkan la gambo yg tak berseni tu. Heheeehee...

Resepi ni direka khas untuk orang yang 'bujang kehidupannya' seperti aku. Ratio untuk sorang makan, 4 kali tambah. HAHAAHAH... Ada ke orang wat ratio camtu?

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembong 
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
4 biji cili api (kalau yg berpantang tu gantikan dgn beberapa sudu lada hitam)
3 tangkai daun kesum
4 keping asam gelugor
1/2 inci kunyit idup atau 1 sudu kecik serbuk kunyit
sedikit halia (ketuk)
sebatang serai (optional)
1 inci karot (potong bulat)
air
garam 
gula sedikit saje
1/4 kiub pati ikan bilis megi


Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang dgn cili api. Masukkan dalam periuk Masukkan lebih kurang 4 cawan air. Biarkan mendidih.
  2. Kendian masukkan asam keping, daun kesum dan carot. Boleh jugak boh sayur lain contoh jagung kecik, cauliflower atau bendi jika suka. 
  3. Masukkan ikan. Biar sekejap. 
  4. Masukkan garam dan kiub ikan bilis diikuti dengan sedikit saja gula. 
  5. LAst skali baru boh serai. 

Dah siap. Sesuai sangat makan dengan nasi panas-panas. 
Lauk yang paling match ngan singgang ni ialah ikan goreng, ikan masin atau pekasam. Cun! Tapi aku suka masam lebih dan selalunya hirup je kuahnya sampai abih. 







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram