Followers

16 Apr 2012

Pada Zaman Berbulu?



Hari Ahad petang-petang memang wajib dah bukak Pada Zaman Dahulu di Tv Al-Hijrah dan Upin Ipin jam 6 di Tv 9.

Tapi, tadi Apak asik tengok citer Titanic, terlepas pulak citer 'sang kancil' tu...
 Sian Oni.


Pas Maghrib tu, elok awal nya si Oni lompat-lompat keliling umah, tetiba dia merengek.



"Ibu.............. bukak la 'nyaman mulu'... Oni nak tengok."

"Hah?" 

"Bukak laaaaaaaaaaa...................." rengek Oni lagi. 

"Bukak apa Oni?" tanya aku kurang pasti,

"'nyaman mulu... Tu limot (remote)" sambil tunjuk remote tv. 

"Ala... Ayah tengah tengok tv tu. Oni nak tengok apa...."

"Nak tengok 'nyaman mulu.........'" rengeknya makin kuat sambil duduk atas riba aku.

"Hah? Bulu? Bulu apa?" tanyaku lagi , penuh keheranan. 
Nak apa lak budak ni?

"Bukan BULU laaa... 'nyaman mulu........' . Bukak la Ibu..." rengek nye lagi....


Aku dah bingung tatau apa dah budak ni nak. 
Tanya Inche Kitchi, dia pun tatau menda Oni sebut. 
15 menet gak la Oni merengek tunjuk remote ngan tv. 
Dok sebut 'nyaman mulu' berulang kali.


Minit ke-16 baru aku paham apa dia nak. 











Awok nak tengok PADA ZAMAN DAHULU daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......


Oni lak sebut...

"Pada nyaman memulu..."



Apak dah gelak berdekah-dekah dah.



Pink tak mulut aiiiiiiiii?






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram