Followers

11 Apr 2012

[NEWS FLASH] GEGARAN MELEBIH SEMINIT DIRASAI DI LUMUT


Baru je habih baca blog kak Nora. Tetiba rasa goyang-goyang.


Sambil tu, mulut dok membebel kat Oni. Kemain lagi punggah kusyen ngan tabur menan atas lantai. Tapi, dah habih bebel tu, aku sedar, gegeran tu tak abih lagi. PC laki aku goyang teruk gak.

Salu, kalau gegar-gegar ciput ni aku tak rasa. YANG NI, rasa. SUNGGUH NYATA.


Terus aku cempung ONi ngan Wawan, letak kat tepi pintu. Sliding door aku bukak luas-luas. Henpon nak abih betri. Aku terus tukar henpon. KAng jadi pape, laki aku nak call senang.

Aku pegang Oni kuat-kuat. Oni dah nangeh dah.

Tetiba, Ida datang.

"Hoi, awat hg tak turun?! Jom jom...~!" kata Ida sambil bawak Oni keluar.

Aku pun turun, bawak Wawan. Aku kira, gegaran tu lebih dari seminit. Allahuakbar,

Masa tu aku teringat...

"Bila tanda akhir kiamat sudah datang, gugurlah bayi dari kandungan Ibu, Ibu-Ibu akan meninggalkan anak-anak mereka..."

Lebih kurang cemtu la serpihan ayat yang aku ingat. Sapa ingat leh tolong sambung.


Rupanya, ada gempa bumi di Sumatera, 8.9 SK. Aku rasa sama ngan gegaran kat Jepun dulu. Potensi tsunami memang sangat besar.

Masih menunggu hapdet terkini. Semoga panjang umur kita nak hapdet blog. Insyaallah.........



Lulu , awak camne??









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram