Followers

14 Apr 2012

[MOVIE REVIEW] BATTLESHIP



Kome dah tengok citer BATTLESHIP?

Mende tu?


Ala...movie yang Rihanna berlakon tu.... 


HAHAHAHA... 

Sebnornye aku kompius citer Battle Los Angeles ngan citer Battleship nih. Lebih kurang sama je, cuma Battleship ni lagik besh la sebab ada Rihanna kan.


Seperti biasa, aku kalau tengok movie mestilah cerita sesikit pasal movie tu. Dan kelebihan movie review aku ni, aku salu letakkan sedikit kisah tauladan untuk dijadikan pedoman idup bersama. Bukan tengok nganga saja ye...






Pelakon-pelakonya menarik juga. Tapi paling best sebab ada Rihanna kan?  
Paling teruja bila tengok muka mamat ni...


Udah pencen jadi vampire ke bang?

Alexander Skarsgard yang memang feymes ngan True Blood, tetiba jadi Kapten dalam USS Navy. Woowoo... Gojes. Tapi sedih la sebab dia mati awal kena bom. 

Walaupun dia mati awal, citer tu tetap besh. 





Walaupun ini filem pertama bagi Cik Rihanna kite, tapi she pull it off. NIcely done! Sangat gojes dia pakai uniform. Pasni leh kawan ngan Michelle Rodriguez plak. 


So, kengkawan...Mari kita lihat komen Makbed pada movie kali ni..


  • Jangan suka-suka dan penuh perasaan pancar satelit hantar signal. Sebelum wat pape , pikirkan dulu akibatnya. Kita maybe hantar signal niat nak buat kawan, tapi yang sebelah 'sana' tu tak paham signal kita. Dah jadi menda lain.
  • Salu aku tgk kalu citer omputih ni, kita ni selalu je kacau tempat orang, tapi pastu bila orang tu bagi respon, kita ni bertindak macam kitalah orang teraniaya. Padahal, kita yang start dulu cari pasal. Pasan tak?
  • Orang yang banyak sangat soklan "why" ni memang patut kena bagi tanggungjawab besar untuk bagi kesedaran. Kadang-kadang, potensi orang yg jenis "why" ni tersimpan je sebab terlampau banyak tanya, dari buat tindakan. Tindakan tu plak, kalau dia buat selalu je kantoi. Sebab , dia fokus kepada questioning, not listening. Kalau dia dengar dulu betul-betul, pastu dia tanya soklan, mungkin lain kisahnya. 
  • Kalau mamat hensem ngorat kita kat kelab, atau pasar malam just cakap kat dia " i want chicken burrito..."  Tengok apa respon beliau. 
  • Aku rasa tak adil sgt citer ni. Alien tu sebenarnya baik. Dia tak attack sebarangan. Dia cuma attack bila diattack sahaja. Tapi, kita plak, sbg warga bumi yg indah ni, bila nampak alien je terus tangkap, bunuh atau lebih teruk lagi simpan wat kajian. *Tetiba mempertahankan hak makhluk asing..kekekekke
  • Kapal besar alien ni walaupun rupa parasnya mantap dan menggerunkan, tapi ia tidak boleh berjalan dengan bagus di air... Sebaliknya, kapal itu melompat-lompat. Lawak kan?
  • Makan chachos spicy curry ketika menonton wayang adalah besh. Silalah cuba.


Aku bagi 3 bintang out of 5. Boleh tahan la. 
Tak bazir duit beli tiket. Tapi, tayah le tengok yang 3D. 







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram