Followers

22 Apr 2012

Mee Hailam Cik Ton



[resepi sarapan sampai ke lunch hari ni]



Mee Hailam yang dimasak Mak adalah menu kegemaran kami seisi keluarga. Kalau anak-anak Mak balik , berkumpul ramai-ramai, pastinya kitorang demand nak makan mee hailam yang Mak masak.

Semalam, aku teringin sangat nak makan mee hailam tersebut. Maka, aku pun sms le MAk , minta resepi. Tadi aku dah masak dah. Senang je.


Bahan-bahan:

1 peket mee kuning yang kecik (tak ingat berapa gram)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu lada hitam (tumbuk)
sedikit sawi
sedikit isi ayam / bahagian ayam yang dipotong kecik-kecik
2 batang jagung muda (jagung kecik-kecik tu)
5 potong fish cake
5 biji fish ball
3 sudu sos tiram - lebih pun takpa.
4 sudu besar kicap manis
2 sudu tepung jagung yang kemudiannya dibancuh dengan sedikit air.



Cara-caranya...

  1. Lepas tuumbuk lada hitam dan bawang putih, panaskan minyak dan tumis. 
  2. Kendian, masukkan dalam 4 cawan air. Lebih pun tak pa. Nak buat kuah kan.
  3. Masukkan ayam. Biar mendidih airnya sedikit.
  4. Lepas tu, masukkan sos tiram dan kicap manis. Biar seketika. 
  5. Boh plak sayur-sayur. Kalau boh sawi, sawi tu taruk last skali la ye sebab sawi ni cepat layu.
  6. Taruk fish ball dan fishcake.
  7. Lepas kuahnya mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Bila nak makan baru letak mee. Jangan letak awal-awal sebab kang kembang. Tak sedap. Mee ni elok makan panas-panas.

Tadi, aku takda sayur. Jadi aku just masukkan ayam jek. 
Sedap tau.
 Boleh try.
BAhan penting cuma lada hitam, bawang putih, dan kicap-kicap. 
Untuk lagi sedap, masa nak makan tu potong le cili api, then boh kicap dalam tu.
 Dap! Dap!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram