Followers

22 Apr 2012

Medical Card juga perlu kepada mereka yang sudah ada medical card tajaan


[entri lama]


Nak share pengalaman aku yang tak seberapa ni...


Seringkali bila aku tanya kawan-kawan sebaya atau tak berapa nak baya aku, dah ada insurans dan medical card ke belum, diorang memandang aku ngan sinis.

"Ni takde mende lain la ni, nak promot insurans dia je la.."


Kadang, aku approach kat fesbuk chat, reaksi yang sama jugak aku terima.


Takpe.... Aku tak kisah.

Sebenarnya, bukan semua friendlist yang ada dalam fesbuk aku tu, aku tanya. Hakikatnya, yang mana kena tanya ngan aku tu, semuanya atas dasar prihatin. Tu tanda aku sayang kat korang le.

Jawab jela...

Kalau dah ada, cakap la ada.

Aku cuma nak share pengetahuan yang aku ada.


Lagi besh bila aku tanya orang-orang yang bekerja di company besar.. Taknak la kasi contoh. Kebanyakkannya sudah disediakan medical card oleh pihak syarikat.

Sapa yang dah ada medical card dari company sendiri, sememangnya bertuah. Aku sendiri pun dulu bila tau company ada bagi medical card kat aku, yang mana bila aku masuk sepital segala bilnya adalah free, perasaannya sangat besh! Gi amik mc pun free jugak. TAk kena bayo. Siok!

TApi, usia makin lama makin mematangkan kita. Makin tua, makin banyak le pengalaman kan.


Tak terpikir pun aku bila aku brenti keje besok-besok dari company tu, semua insurans cover dan medical card tajaan akan ditarik balik.


Senario 1:
Medical card company biasanya ada 'rank' nya. Mengikut gred dan pangkat pekerja itu sendiri. Biasanya, yang pangkat rendah cam tea lady, tukang senyum (receptionist) cleaner, kerani semua tu yearly limitnya terhad. Paling biasa ialah RM20,000. Rasa-rasa, kalau tahun tu tetiba kena by pass jantung, cukup tak RM20,000 tu nak tanggung bil? Contoh laaaa... Yang rank tinggi-tinggi plak cover medicalnya tinggi. Tak adil kan? Yang geng-geng CEO tu dah banyak duit dah, apsal lak nak medical card sponsor sampai unlimited? Dah banyak duit kot. Bagi la kat anak-anak buah yang sentiasa terdedah kepada bahaya ni. Ketidakadilan berlaku di situ. Nampak?


Senario 2:
Ada plak company yang bila staff dia udah claim medical card, dan claim tu terlebih limit lak, company tu bertindak potong gaji diorang. Hmm... udah le ko sakit. Cuti mc segala sebab sakit, pehtu kena potong gaji plak. Yang unpaid leave lama-lama tu tak kira lagi. Agak-agak berapa je nak tinggal?


Senario 3:
Sorang staff ni ditakdirkan sakit kencing manis hingga menyebabkan kakinya terpaksa di amputate atau dipotong. Bila kaki dah kena potong, dia dah dikira disabled atau OKU la kan. Kalau kena potong sikit je takpe, lehjalan agi. Tapi, camana plak kalau kena potong seluruh kaki? Atau dedua kaki dia takde? Camana dia nak pi keja? Kalau dia tak pi keja , mana nak datang gaji? Kalau takde gaji, camana nak bayar kos perubatan susulan untuk kencing manis tu? Apa ingat lepas potong kaki tu terus baik ke? Ce pikir....

Company juga takkan hire pekerja yang asyik mc je even selalu sakit. Even pekerja kerajaan skalipun. 3 bulan tak kerja, mereka akan dinasihatkan berhenti. Kalau gomen plak, dinasihatkan brenti berpencen. Dapat la setengah bulan gaji gitu... Tapi, cukup ke setengah bulan gaji nak wat belanja? Awak gaji penuh tetiap bulan pun menggagau tak cukup, inikan pulak setengah bulan. Dah le tengah sakit lagi. KAlau keje swasta, memang takde pencen rasanya.


Senario 4:
Mostly berlaku di kalangan pekerja kerajaan, apatah lagi dalam persekitaran aku ni banyak askar dan navy. Telah berlaku banyak kes, eksiden. Even orang tu pegawai skalipun, masuk wad, operate suma memang free. Tapi, kalau kena boh besi, titanium ke, skru, engsel atau pape je sparepart kat dalam badan, kos barang-barang tu ditanggung sendiri pesakit. Jadi, kalau satu spare part tu regenya RM2000 even ia sebesar skru je, kita ni ada ke sen? Tu 1 skru... Kalau 5?


Senario 5;
Kalau betui la orang-orang yang bekerja di sektor kerajaan ni dijamin dan ditanggung berehhh rawatan perubatan tak kira la apa sakit dan keadaan skalipun, kenapa masih ada petikan surat khabar yang memohon bantuan dan mereka itu terdiri daripada golongon pesara guru, pesara tentera, cikgu, anak cikgu dan ada lagi la macam-macam pekerjaan dema. Tak caya, cuba belek paper hari-hari. Semakin hari semakin ramai yang memohon bantuan perubatan dan ihsan kita tapi terpikirkah kita kenapa? Dan agak-agak kalau kita minta derma begitu, berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk mencukupkan nilai kos perubatan kita?


Senario 6:
Anda merupakan si pencari nafkah buat keluarga. Setiap bulan anda peruntukkan paling sikit RM50 pada seorang anak, sebagai simpanan mereka di masa depan. Akan tetapi, sekiranya berlaku kesemua senario seperti yang dinyatakan kat atas tu kepada anda, anda pulak tidak bekerja , pendapatan pun tinggal separuh je, SIAPALAH PULAK YANG NAK SAMBUNG MENABUNG UNTUK PENGAJIAN ANAK-ANAK ?


Dan, ketika berlakunya kesemua senario di atas, anda sudah pun diberhentikan bekerja kerana sakit, ataupun akibat keruntuhan ekonomi negara, ataupun sudah pencen dari syarikat. Tiada lagi manfaat kad perubatan / medical card dari syarikat. Malangnya, bila anda nak apply medical card dari syarikat insurans ketika tu, dah tak layak dah. Sebab pertama, anda dah sakit. Sebab kedua, premium dah jadi mahal dah sebab masa tu dah tua sikittt....

Uuntungnya bagi mereka yg sudah awal-awal mengambil medical card dengan PruBSN Takaful, no problemo. Kamu disabled? Takleh keje? Jangan risau. Premiun bulanan insurans ada jadi FREE. Sapa tak suka free kan? Kaki dah takde, kita dah sedih. Dok pikir mana nak cari duit nak wat rawatan semua. TAK PAYAH PIKIR daahhh. Masa tu medical card dan insurans menjalankan tugas. Bila kita tak mampu, Prudential plak uruskan. Udah  tetiap tahun dok claim medical card je, takpe ke? Jangan risauuu.... Tetiap tahun limit minimanya RM50,000. Tahun ni dah guna? TAkpe, tahun depan buleh guna lagi, RM50,000 jugak limitnya. TAkkan kurang punya limit tahunannya. Limit seumur hidup RM500,000. Cukup tak agak-agak? Dah le tayah bayar premium bulanan, medical card masih lagi buleh digunakan. Tak besh lagi ke?

Lebih melegakan mungkin, jika anda si pencari nafkah telah membuat insurans untuk anak-anak, dan anda pulak tetiba telah jadi disabled akibat dipotong kaki , dan sudah tidak boleh bekerja due to the sickness. Premium anak-anak juga jadi FREE. Tau?  Jadi, anda boleh fokus pada aktiviti memulihkan kesihatan badan anda sniri dan tidak perlu risau lagi akan duit insurans, medical expenses diorang dan juga saving untuk sambung belajar sebab semuanya dah FREE sampai dema beso. Apa susah? Perlu ke lagi keluarkan duit saving dan bergadai-bergolok untuk biayai medical cost kita? KAlau takde insurans, silap-silap dut saving mengaji anak pun kita terpaksa sapu semua. Pehtu niat dalam hati..."nanti abah ganti balik ye sayang..."

Camana nak ganti balik, kalau mu tak kijo dah pehtu?


Berbaloi tak bayo insurans ? Sapa cakap rugi.... Kena pilih yang betui le. Pilih yang salah, tak dapat le cenggini punyo. Hehehe..~


KEnapa perlu guna wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun lamanya untuk pembiayaan sakit kita sedangkan kita menyimpan tu buat nak gi haji dan untuk kesejahteraan masa depan sesudah penat bekerja kelak. Ni tak, habih-habih pencen, duit pencen habih kat sepital. Ni betui ni..Makbed sniri dah ada experience dah. So, tu lah gunanya medical card. Supaya kita tak payah usik duit simpanan kita, gadai emas , jual rumah sniri bila kita ditimpa ujian kesihatan daripada Allah.

Jangan dibangkitkan soal "kalau tak sakit, camana?"

Tanyalah diri.."kalau tetiba aku sakit kanser hari ni, ada ka RM35,000 nak berubat?"


Just nak info, medical card PruBSN Takaful juga bleh digunakan untuk rawatan di pusat perubatan Islam  berdaftar di Malaysia. Ni ada kawan Makbed tanya hari tu. Medical card lain, aku tak tau. Gi check dengan agen masing-masing. Dan pada sesiapa yang nak tanya soklan berkaitan ni, boleh email kat makbedjournal@gmail.com.

Setakat skang ni, semua soklan dilayan. Che waahh~


Ok tak entri ni? Paham ke?

Oh..lagi satu. Medical card opis takleh claim elaun wad. Kalau medical card PruBSN, minimum satu hari claim elaun wad adalah RM100. KAlu dok wad seminggu, mc ... tak ke dah RM700 da..? 

RM5 sehari je. Mahal ke?

More knowledge and info about medical card, please picit tang sini... [PICIT]




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram