Followers

13 Apr 2012

Kritikan Zed Zaidi atas Kemenangan Aaron Aziz Tempoh Hari Dikritik Siti Nurhaliza





Tindakan Zed Zaidi mengkritik kemenangan yang dinobatkan Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular (ABP)- menerusi laman sosial Twitter mendapat beberapa maklumbalas negatif beberapa rakan artis.

Penyanyi No. 1 Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza mengecam tindakan Zed Zaidi yang dakwanya tidak sewajarnya berlaku dalam industri seni Negara dengan mempengaruhi pandangan beliau terhadap kemenangan Aaron Aziz menerusi undian pembaca Berita Harian.

Siti yang tekad membuat kenyataan tersebut atas tanggungjawab selaku salah seorang anak seni menjelaskan, mana-mana artis yang berkhidmat dan menyumbang tenaga di dalam Industri Seni Negara ini dibenarkan untuk menyertai Anugerah Bintang Popular  (ABP) tanpa mengira faktor kerakyatan.

Malah Siti yang juga menperolehi kemenangan menerusi Anugerah Jubli Perak ABP 2011 menegaskan, ianya mempamerkan dunia seni Negara yang Universal dengan penyertaan Pelakon seperti Aaron Aziz ke dalam dunia seni Malaysia.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

Aaron Aziz pada malam ABP 2011 buat pertama kalinya telah dipilih memperolehi jumlah undian tertinggi menerusi Anugerah Pelakon Lelaki Popular (Filem) dan seterusnya dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular 2011 setelah menyertai pertandingan tersebut lebih dari 3 tahun berturut-turut.

Kemenangan beliau telah dipertikai Pelakon yang juga Timbalan Presiden Seniman yang menyifatkan Aaron tidak layak menyertai Anugerah tersebut kerana merupakan seorang yang bewarganegara Singapura.

Aaron Aziz telah mula dikenali peminat seni setelah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang Lakonan di Malaysia menerusi tawaran buat kali pertama filem hasil arahan Datuk Yusof Haslam.


Entri copy paste dari Kaki Wayang. 



Makbed berkata:

Ek elehh........... Nak jeles pun biarla bertempat dude! 
Rezeki masing-masing. Raikan je la. 
Kita kan serumpun. 

Awok tu memang tak feymes. KEKEKKEKEE~

 KAn dah kena sound ngan kak citi nurhalijah.
 Pehni musti ko cakap, "ala...citi bulehla nk sound-sound. Dia ada Dato' sebab dia kawin ngan Datuk K." 
At least dia ada gak achievements. 

Dari sesibuk mengondem kejayaan orang, baik tengok diri sendiri tu ada berjaya ke tidak. 
Kalau rasa takleh nak berjaya, baik gi niaga belacan ngan udang kering cam Ezani tu ke.
Orang respek juge. 

Eh..Eh.. terlebih sudah aku ini. 

Anyway, I lep U too abg Zed.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram