Followers

20 Jun 2013

Korang pernah terguna duit raya anak tak?




Ihsan Google Images




Situasi 1:

Selalunya jadi lepas raya. Duit sudah habih dibelanjakan. Gaji biasanya diberikan lebih awal so that kita boleh buat preparation untuk beraya. Bila raya dah habih, muka kita mulalah kelat. Mana nak cari duit plak untuk cover sampai gaji yg akan datang?

Pernah tak korang 'ter'guna duit raya anak korang?

Memandangkan kita ni dah tua, takde sape kebulor nak bagi duit raya kat kita. Bertuahlah sapa yang ada anak, lagi-lagi yg super comel macam Wawan - org suma pakat nak bagi duit raya kat dia. Dan kita plak sebagai ibu bapa yang 'amanah' terpaksa 'pinjam' dulu duit raya anak tu sebab nak cover perbelanjaan rumah yang tak cukup.

Soalannya:
Adakah korang ganti balik duit anak korang tu bila sampai gaji seterusnya?
Atau korang prefer tunggu hujung tahun bila bonus dah masuk?


Situasi 2:
Duit hadiah baby yang baru lahir memang adakalanya banyak. Duit untuk si anak, yang diselit-selit bawah bantal. Dulu masa bersalin, aku kena check dulu sarung bantal anak sebelum masuk  mesin basuh, kang hancur lak duit anak aku. Kadang tu. terlepas pandang juge.

Pernah tak korang 'ter'guna duit baby tu?

Dan, berapa lama korang amik masa untuk gantikan semula?


Atau, korang buat-buat terlupa, terus tak ganti sebab bagi korang, duit tu secara teknikalnya, korang yg punya? *ado gak mak pak yg cakap camni tau!


Bayangkan..........


Kalau duit-duit anak-anak tu selepas saja dikumpulkan dan terus dimasukkan ke dalam akaun simpanan yang berbentuk pelaburan, contoh yg paling senang adalah ASB la kan - ce bayangkan tahun depan masa dividen diumumkan, berapa kah nilai simpanan tu?

Tapi kalau korang amik masa 2 tahun baru nak ganti balik duit anak, tak ke masa pelaburannya terbazir begitu saja? Adil tak?

Adil jugak tak kalau anda tidak lansung membuat simpanan untuk anak dengan alasan-alasan berikut:

  • saya masih tengah mencari simpanan yang bagaimana yang paling sesuai untuk keluarga kami dan juga untuk pendidikan anak saya. 
  • saya ada buat simpanan, tapi saya bayar 4 bulan skali. Kumpul-kumpul pastu baru bayar. Malaslah nak pegi bank banyak-banyak kali. 
  • saya meragui simpanan di ASB, Tabung Haji bla bla... Saya lebih percaya pada diri sendiri saja. So, saya simpan duit anak saya dalam tabung ayam. Senang sikit nak guna kalau ada emegensi. 
  • Takde bajet laaa nak menyimpan! 



Bayangkan lagi......................


Anda menyimpan duit untuk pengajian anak anda.
 Bajet, umur 18 tahun anak anda akan masuk U. 
So, anda pun kumpul la duit dengan gigihnya , sebulan RM100 dimasukkan ke dalam akaun simpanan. 
Tak kisah la akaun simpanan yg macam mana pun asalkan ada menyimpan. 

Anak anda pula seorang yang aktif bersukan. 
Anda rasa bangga sebab anak anda aktif dalam kegiatan sekolah dan juga seorang budak yang pandai. 
Tetiba, pada satu hari anak anda jatuh ketika main bola di sekolah. 
Kaki terseliuh.
 Bawak jumpa doktor di hospital kerajaan, dia cakap cuma kecederaan biasa saja.
 Cuti sekolah seminggu untuk rehat.

Lepas seminggu datang check lagi. 
 Doktor mengesan ada sesuatu yg tidak kena dengan keadaan kaki anak anda. 
Sebab kecederaan tu tak baik seperti yg diramalkan. 
Doktor tu mula menyalahkan anda, tak jaga kesihatan bebetul. ehehhe... 
Tapi, dia setkan lagi satu appointment so that anak anda leh menjalankan ujian.
 Appoinment tu adalah 2 bulan dari skang. 

Anda plak rasa tak sedap hati dgn penjelasan doktor tu.
 Atas nasihat keluarga, anda bawak anak anda check kat hospital pakar.
 Lepas diceritakan keadaan si anak, doktor terus suruh admit untuk ujian MRI. 
Besoknya terus dapat keputusan, anak anda rupanya ada kanser. 
Tapi baru level 1. Boleh baik. 
Tapi doktor tu juga cakap....

"Kalau awak lambat check, mungkin kaki anak awak tak dapat diselamatkan....." 

Mulalah anda bengang-bengang... 
Kalau anda ikut cakap doktor yang set appoinment 2 bulan lagi tu, kaki anak anda mungkin dah takde. Skang ni, memang sah anak anda ada kanser. 
Jadi, takkan nak tengok je kan? 

So, simpanan anak anda yang anda wat Rm100 sebulan sejak beliau kecik tu la yang anda gunakan. Kemudian, simpanan tabung kecemasan keluarga. Kemudian, anda kena minta sedikit bantuan dari ahli keluarga dan kawan-kawan bagi menampung perbelanjaan rawatan dan keperluan lain. 

Lepas 5 tahun rawatan, anak anda sudah baik. 
Cancer survivor. 
Umur dia sudah 17 tahun. 

Duit simpanan sudah habih.
Hutang dengan keluarga dan kawan-kawan kena bayar. 
Anda pulak dah makin berumur , takleh dah la nak kerja lebih masa atau wat 3 kerja dalam sehari. 

Anak nak kena pi extra sekolah sebab nak amik exam.
Tapi, lepas amik exam tu kalau dia cerdik dapat masuk U, camana pulak la dia nak masuk U kan?
duit da takde...
Nak pinjam PTPTN?
Kalau dapat bagus la. Kalau tak dapat? 




  1. Kalau ada orang yang tolong remind anda setiap bulan agar tidak culas membuat simpanan, would it be hepful?
  2. Kalau dengan RM5 sehari sebagai simpanan, mahal tak?
  3. Kalau dengan Rm10 sehari anda menyimpan, 5 bulan selepas itu anak anda tetiba sakit, anda sudah ada RM50,000 di tangan untuk membiayai bil perubatan anak anda, suka tak? 
  4. Walaupun anak anda seorang yang berpenyakit dan memerlukan rawatan berterusan, dia masih lagi ada wang untuk menyambung pengajian , bila-bila masa. 
  5. Jika anda sebagai ibu bapa dia tetiba sakit, dah tak boleh kerja lagi, ada orang tolong bayarkan simpanan anak anda , anda suka tak?



entry was published on April 24th,2012.  
Re-publish on June 20th, 2012




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram