Followers

23 Apr 2012

Kalau rokok tu ada marine collagen kat dalamnya, memang aku pun nak isap!



Isk.. besh kan isap rokok kan?
Walaupun dah keluar fatwa cakap rokok tu haram tapi slamber je dok isap lagi.
Kalau cakap babi tu haram, tau plak geli.
Agak-agakla kan, kalau ditulih kat kotak rokok tu kandungan rokok tu ada bulu babi ke, usus besar babi ke, cuping telinga babi ke, nak tak smoking lagi? 

I bet they still would! 

Ternyata, usaha Serael nak menjahanamkan umat Islam secara halus memang berjaya.
Berjaya dalam pelbagai segi. 
Antaranya, berjaya memudaratkan kesihatan umat Islam secara perlahan baik bagi si perokok, mahupun ahli keluarga dan kawan-kawan si perokok. 
Maka, berkuranglah umat yang sanggup mati berjihad di jalan Allah sebab suma sakit jantung, paru-paru berair, tibi, batuk kering, hati bengkak bla bla bla..
Skang ni, ramai yang bercakap riak.
Mengkafirkan orang macam makan cendol je.
Tapi yang bercakap tu dok insap natang yang direkacipta oleh sapa ntah? Kan..KAn... Kann... 
Camana nak pi perang menegakkan agama kalau dalam poket bawak bekal rokok Dunhill?
Ce habaq mai sat?


Meskipun dah ramai ulama cakap menda ni haram, tapi ramai yang menidakkan.
Cuma, tak ramai yang BERANI menidakkan terang-terangan, melawan fakta dan menafikan bahawa ROKOK ITU TIDAK HARAM dan MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Sebaliknya, diorang lebih suka pada alasan basi seperti "kalau tak isap rokok otak tak berjalan" dan "kalau berhenti rokok, aku gemok sebab brenti rokok akan membuatkan kita lapar senantiasa.." 

Kenapa begitu susah? 
Tahu tak alasan macam ni sangat mencerminkan diri kita yang tidak reti bersyukur akan nikmat Allah bagi?

Dulu-dulu, masa ko kecik, takde rokok , tapi otak ko elok je buleh hapal ABC? 
Buleh je ingat sifir 12. 
Buleh je ingat Al-Fatihah? 
BUleh je baca doa tido sebelum tido.
Kenapa dah tua-tua ni musti perlukan rokok untuk membuatkan otak ko berfungsi? 
Aku rasa tak mungkin kot
Ada yang merokok tu dah terlupa solat.
 BUkan sebab ilang ingatan, tapi MALAS.
Ada yang mendahului ROKOK dulu sebelum solat Maghrib.
Tak caye, tengok lepas berbuka. 
Yang lebih besh, semua yang isap rokok tu TAK TAHU baca Bismillah.

Ada tak yang baca Bismillah sebelum isap rokok dan sebut Alhamdulillah selepas merokok?
Ada? Ada?
Sapa buat cemtu, sila ngaku jap.
Terang-terang setan dah bermaharajagopal dalam hati, peparu dan jantung. 

Kenapa perlu takut gemok lepas brenti rokok? 
Bersyukurlah Allah bagi nikmat makan. Kalau takde makanan cam kat Somalia tu caner?
Ha tu..diorang tak de isap rokok , tak gemok jugak. 
Ko nak jadi cemtu? 
Allah maybe tak tarik rezeki makanan, tapi mungkin dia tarik selera makan ko plak. 
JAdi, jangan cakap sesuatu yang bodo ok.
Tengok keliling kiri dan kanan sebelum bercakap. 
Tengok langit sama. 

Toksah deny keburukan rokok tu. 
Embrace it. 
Admit it.
Berhenti. 

Tapi, berenti la 3 hari pehtu, sambung balik isap rokok lepas berbuka. 
Tolong bagitau aku, vitamin apa yang ada dalam rokok tu sampai susah sangat nak tinggal? 
NAk kata buleh bagi hilang ngantuk, aku tengok orang smoking tido lagi dasyat dari aku kot. 
Sampai mesin rmput bunyi kemain deras kat luar pun buleh tak dengar!

PAtut aku ni kena isap rokok kalau dah katenya rokok buleh bagi kita tak mengantuk.
Sebab, aku kena bangun 3 jam sekali bagi anak nyusu.
Tersengguk-sengguk tau nyusukan anak.
Atau, maybe rokok tu buleh menegangkan kulit perut aku dan memulihkan parut pembedahan beranak aku ni? 


Aku tak sure korang yang merokok ni tau ke tak pasal ni. 
Tahu tak ASAP adalah makanan jin.
 Api ada kesukaan syaitan.
Jadi, memang logikla para perokok ni degil-degil dan bongkak belaka bila ditegur sebab diorang dah didorong dirasuk makhluk haluih. 


Usah biarkan dirimu diselubungi ..... misteri................................................. [tetibe!]


Antara pekerjaan paling sesuai untuk perokok adalah.................


pengumpul madu lebah.



habih dah bebel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram