Followers

7 Apr 2012

Fakta Oni dan Wawan



Dah nak pukui 2 pagi pun tak tidoq lagi.  Huuu~ Anak-anak dah tidoq dah. slamat!


Habih meeting lagi 15 menet nak kol 12tghmalam. Cecepat balik. CInderella kann..? Salunya anak-anak kalau aku habih kerja lewat cenggini , aku biar tido umah pengasuh je. Tapi, hari ni pengasuh A yg jaga, Masa aku sampai, Oni dan Wawan dah tido terbongkang depan tv. 

Fakta menarik tentang Oni : Kejut la dia time bila pun, even tetengah malam, dia akan bangun dan terus waras. Mamai la sekejap tapi pastu dia dah boleh bercakap. TAk pernah nangih. INI MEMANG PERANGAI TERPUJI BELIAU SEJAK BABY. Bangun tido tak pernah menangis. 

But, lately Oni banyak meracau dalam tido plak. Semalam kan, dia jerit camni:

"TAK ACI!! TAK ACI LAAA!! BAGI ONI PULAKK!!!!!!" 3x

Aku tepuk dia skali. Pehtu aku tanya .."Oni main ngan sapa tu?"

Pehtu dia merengek manja sikit , mata pejam. "Ni... Adik ni tak bagi menan...." Pehtu sambung balik ZZZZZZzZZZZZZz...

Wahh.. betul la orang kata. Kalau kita interbiu org ngigau, dia jawab ek?! HAHAHAHAH


Sejam kendian, Oni meracau lagi. 

  
Ganas le kan boleh sepahkan rumah..



Wawan pulak, cengeng. Ngantuk sangat nak tido, nangeh. 
Lambat bagi susu, nangeh.
Susu dah habih, nangeh. Kena cecepat boh puting dalam mulut. Kalau tak kuar la bunyi kingkong tu. Bajet garang la kan? 
Terjaga tetiba sebab mimpi ke, bunyi guruh ke, nangeh.
Terjaga tetiba tengok Ibu takde kat tepi, nangeh. 
Ibu terjaga tengah malam nak kencing, pintu bilik air berbunyi sikit, nangeh jugak. 
Naaaaaaaaaaaaaaaaangeh je keja dia. 
Jejaka penuh ayaq mata!

Fakta menarik tentang Wawan: Kalau dia ngantuk sangat, dia akan nangeh sampai dia boleh tido. Syarat tido, kena masuk bilik, dan tutup lampu. Bantal busuk harus letak kat muka. KAlau tak, lambat le tido. Wawan jugak akan 'merantau' seluruh tilam mencari posisi dan tempat paling selesa untuk sesi peniduran beliau. Sementara nak jumpa tu, lama gila! Padahal, mata dah tutup rapat dah. Bontot stil bergerak-gerak lagi. KAki tangan meraba-raba lagi. Creepy betui. Lagi fakta menarik, Wawan akan gelak terkekek-kekek bila diusik tatkala dia sangat-sangatlah mengantuk. Masa tu dia high je layan org geletek dia. Sambil gelak pun boleh tido. Tu ngantuk bebenor la tu. 

dah start gatal gusi....
  






Photobucket  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram