Followers

30 Apr 2012

Bila BERSIH diBERSIHkan, wujudlah KEBERSIHAN!




Dengan tak semena-menanya hari ni bizi sokmo.

Hari-hari bizi aku ni.
Kalau hari tak bizi, lansung tak hapdet blog pulak.

Kepelikan terjadi bila sejak tiga pat hari ni aku kerap-kali mengantuk dan cepat letih.
Apakah itu tanda-tanda awal kehamilan?

Aku juga kerap-kali berasa seperti terbang, ketika duduk, berdiri ataupun baring.
Apakah itu tanda-tanda awal kehamilan?

Selera makan biasa-biasa saja, tapi aku menyedari diri ini kerap minum air manis lebih dari air masak.
Owwh... not gud.
Akan cuba berubah secepat mungkin.

Saya menjadi amnesia di masa-masa tertentu...
Maybe efek melahirkan kot.
Tapi dah 10 bulan dah pun. TAk abih lagi ke efek?


silalah BERSIHkan



Life menjadi semakin tak organized.
Tambah tak organized bila tengok kain berbakul tak lipat dan rumah yang mula 'bersalji' kelabu.

Lagi bertambah serabut bila ada client yang tak reti bekerjasama dan suka membazirkan masa aku tanpa menyedari masa yang aku ada skang adalah untuk membantu orang lain yg jauh lebih memerlukan.
Bukan nak berlagak...
TApi, aku dah provide sgala yg anda perlukan untuk kebaikan anda juga.
JAdi, tak bolehkah anda bekerjasama dengan memudahkan saya, untuk kepentingan anda juga?

Alamak, bunyi macam emo dah ni.
Apakah ini tanda-tanda awal kehamilan?



Bagi mengatasi masalah keserabutan yang dialami, hari ni aku upah pasukan BERSIH 0_0 untuk merusuh kat umah aku. HAHAHAHA!

Gila lah.
Rumah lama tak kemas.
 Aku lak tak tahan habuk.
Silalah tolong kemas umah aku wahai Cik Puan Cleaner. Suami Saya sanggup bayar.

Dan............

Cik Puan Cleaner lah penyelamat jiwa dan semangat aku pada hari ini.
Kipas umah aku kembali bersinar.
Lantai umah bersih tanpa sebarang kesan bedak dan lekitan sumi.
Bawah meja komputer Inche Kitchi dah tak ber'salji' lagi.
Menan Oni pun terkemas elok dan skang aku dah tak jumpa kat mana dah kotak menan Oni. HAHAHAHHA.. padan muko Oni~

Aku hepi..
Cik Puan Cleaner pun hepi...

Next week bolehlah kita bekerjasama lagi ye.


Kerana dia jugak aku jumpa client dan prospek lain dgn gumbira!

Dan kendian dapat tgk Avengers bersama Inche Kitchi tanpa rasa gelisah umah bersepah apabila pulang.......


Today is the best day!




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram