Followers

11 Apr 2012

Bila amaran berjaga-jaga dikeluarkan di TLDM Lumut, kami pun bertempiaran lari menyelamatkan diri...


Cuak jugak bila amaran berjaga-jaga dikeluarkan di pangkalan. Memang dah agak akan keluar punya. Walaupun secara teknikalnya , agak susah jugak tsunami nak langgar block- C (umah kitorang) tapi mengikut kadar gegaran yang dirasai petang tadi tu, anything is possible.

Taknak amik risk.


Lagi kesian, isteri-isteri yang suaminya berlayar.
Kesian jugak, suami-suami yang tetiba kena SURUH naik kapal lepas amaran dikeluarkan. Standby.
Kesian jugak pada Protela yang dok jaga gate tu. Aku rasa depa orang paling last keluar kalau jadi pape. Jadi pape pun, depa yang kena sapu ngan air dulu.

TAknak tunggu keadaan lebih genting, aku, Ida ngan Tini bawak anak-anak kuar dari pangkalan. Dengan erti kata lain 'melarikan' diri ke tempat yang lebih selamat. Kami alertkan juga pada rakan-rakan di pangkalan melalui fesbuk. 
Sapa nak ikut, boleh join.
Sapa nak join, buleh ikut. 


Sebahagian dari mangsa gempa bumi


Ke mana destinasi?


Memula nak gi sampai Ipoh tapi kensel je la. 
Gi brenti kat KFC Air TAwar.
 Kitorang tunggu je la situ sampai amaran ditarik balik.
 Sambil-sambil tu baca hapdet dari suami dan dari rakan-rakan fb. 

Aku pon blom mkn... So makan le dulu..


Anak sapa la ni...




Wawan menikmati nuget buat pertama kalinya. Tatau plak dia dah terer kunyah.

Asalnya aku, Ida ngan Tini je. 
Tak lama pastu, datang sorang demi sorang mangsa gempa. 
Aku tatau le amaran apa pulak yang dikeluarkan di base. 
Tapi, mangsa-mangsa yang datang kendian dari kitoang tu suma pakai apa yg ade je kat badan. Paling best si Momy Iman la, pakai seluar tidoq bunga-bunga kaler pink, ngan baby T. 
Masa ni la nak tengok sapa paling cantik skali bila time dok umah. HUAHUAHUHA...



Mereka yang panik


Caya tak semua mereka di dalam gambarajah ni semua datang dari kejiranan yang sama? 
Terkebil-kebil manager kepsi Air TAwar tu sebab tetiba je kepsi dia ramai pengunjung. 
Pastu suma muka cam nyonya. 

Siyes aku sniri pun tak pack barang apa. 
Cuma barang Oni dan Wawan je. Oni pun kuar pakai baju tido. 
Wawan je ensem sket. Panik tu ada. Dalam hati tawakal je semoga takde berlaku pape. 

Tak pepasal jadi small gathering kecik kat sana. KEKEKE.. Dan aku plak sempat lagi berceramah pasal insurans di tengah-tengah kepanikan itu. Adehsss.... Tapi, dah orang tu tanya bebetul kan? TAk elok le buat donno aje. Tapi, tak sempat citer habih pun sebab jam 10.15 amaran tsunami kompem ditarik balik. So, kena la fix appointment di lain hari. 

Oni pun dapat ramai kawan baru nampaknya. Siap menari tarian kebangsaan lagi kat kfc tu. Lantai kfc tu bersih terus sebab Oni main guling-guling, macam kat umah sniri. 





Bambam Bee plak cedera sikit tadi. Aku kalau dah fokus kepada usaha penyelamatan, alert aku kurang kat persekitaran lain. Boleh plak masa nak parking tu aku terover dos lajak, bajet jauh lagi la dengan divider longkang tu. 
Skali ada BUNYIK!!!

"PREKK!"


"Ooooooooo...dah kena dah.. Sori la Bambam Bee..." aku cakap sengsorang dalam keta. TApi Oni dengar la. 


TAkde lak rasa bersalah.
 Huu... 
Salu kalau Inche Kitchi buat kemain lagi aku bebel. 
Kalau aku lak buat, ok je.
 Tapi, ni first time aku wat keje langgar-langgar ni ok. 


Tini ngan Ida siap gelak besar lagi tengok moncong Bambee melekat elok je kat batu divider tu.
 Seb bek malam. Tak nampak. 

Sampai umah baru pasan, bumper kiri tu terkeluar sikit. 


Ala..................... kalau ikut perjanjian BATIN antara aku ngan Inche Kitchi, bila keta tu dah calar teruk atau dah langgar something sampai mencacatkan rupa, tu adalah tanda sampai masanya keta tu kena tukar cat baru.






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram