Followers

28 Apr 2012

BAmbam Bee rosak lagi



Bambam Bee- rosak!!!

Kesian kitorang. Dah le wat hal kat tengah jalan. Kitorang baru je lepas drop Inche Kithci kat Komuter Batu Gajah sebab dia nak balik Kuala Kubu. Next week dia exam. Tren dia jam 3 petang. Tapi aku tinggal dia kat situ jam 1.30 tengahari. On the way balik, tinggal aku, Oni ngan Wawan. Keta dah start semput. Takleh tekan pedal kuat-kuat , nanti enjin mati.

Tekanan la aku !


Dah tu jalan banyak lori. Kalau keta bawak slow-slow, pehtu tmime nak over take, takkan nak slow pulak. Hukhukk~ Hangin betui la bawak keta slow-slow ni. Ternyata, aku tidak mempunyai kesabaran yg begitu jitu lagi.

Oni ngan Wawan lagi kesian. Ekon takleh pasang. Berpanas la depa dalam keta. Dah le tengiahari. Oni lagi la. Kalau panas je, muka dia akan jadi merah. HAHAHA.. sama cam haku. Wawan lak, walaupun dia putih melepak, kepanasan tidak memberi kesan kepada kulit beliau. Cuma Wawan berpeluh je la.

Pelan-pelan bawak pun, akhirnya sampai jugak umah dalam jam 2.40 cemtu.


Tetiba dapat message....

"I changed my mind. Nanti saya balik rumah. Settekan hal kereta dulu..."

Wahh!! Ada hikmahnya tren dia jam 3. So, dia ada masa nak wat decision samada nak terus ke KKB atau balik. Maybe hati dia tak sedap kot. Aku pun... memula niat nak tgu je sampai jam 3. Tapi anak-anak ni takleh tunggu lama-lama. Susah...


Ce bayangkan kalau Inche Kitchi dah naik tren, aku ngan anak-anak balik umah... On the way keta rosak. Dan Inche Kitchi masa tu dah ada atas tren?

Huuuuuuu


Skang Inche Kitchi ada kat bawah. Tgh repair Bambam Bee.

Sempat ke nak tgk Avengers ni?



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram