Followers

15 Apr 2012

Awek Cun Belako kat Hospital Pantai Puteri, Ipoh



Bukan sesaja nak ngelat ek. Minggu lepas , memang FULL .
 Appoinment terpaksa diganjakkan (ade ke perkataan tu?) ke tarikh yang lain.
 Alhamdulillah... Panjang umur lagi nak bekerja.
 Siyes sampai skang fobia lagi dok kat meja komputer, dok teringat bab gegar-gegar tu. 
KAdang Oni melompat penuh perasaan atas tilam pun meremang satu badan. 
Gilalah... !



Dan minggu depan pun bizi jugak.




WORK HUSTLE ...

 Booth kitorang di Hospital Pantai, Ipoh berlansung sejak Selasa lepas dan masih berterusan sampai Jumaat akan datang.
 Disebabkan aku ketua misi untuk booth kali ni, tu pasal la terjadinya kebizian yang tidak semena-menanya itu. 


Strategik tak booth?


Hahaha.. memang AGAK strategik... sebab dekat gila ngan sumber makanan.
 Kalau tak cukup kekuatan minda, memang akan berjalan terus ke konter dan pesan memacam. 

Walaubagaimanapun, Kak Saba ngan Zura Zubir sudah pun memulakan misi mereka dengan menemuramah beberapa prospek yang memula cam tertanya-tanya apa yang kami wat kat situ.



Ratu-ratu booth

Honestly, dulu aku tak suka orang yang main kejar-kejar tanya pasal insurans, atau orang booth yang kejar tanya pasal "dah ada asteruk ke belum?" atau kejar aku just tanya aku nak beli threadmill ke tak... 
Yang tang threadmill tu aku terasa gak la sebab yang kurus-kurus dia tak kejar pun. Dia kejar aku je kan? KPop betui! *maki versi baru
Tapi, skang aku dah kena jaga booth. 
Padan muko! 

Tapi, rupany besh jugak jaga booth nih. 
Sepuluh juta kali besh daripada jaga kaunter receptionist ko tau. 
Kalau aku tau dah lama aku wat keje booth ni.
 Sebab pertama: Aku tayah jawab telepon sambil pukul lalat dengan gigihnya.  
Kedua: Takde sapa nak marah aku kalau aku tak kejar orang. 

Kalau tak caya, jom jadi agen. 

Pengalaman aku bukak booth di hospital, selaras dengan tugas aku sebagai wakil syarikat kecintaan hanyalah dok dengan orang-orang yang macam bosan dan bersembang dengan diorang. 
Kalau diorang dah ada insurans, aku tanya la camana so far diorang berurusan dengan insurans ni... Kalau yang takde, diorang pun takde la tak mau dengar sebab masing-masing tengah tunggu queue nak jumpa doktor.
 So, tak rugi pun bersembang ngan aku yang gojes ni. AHAHAHA... ~


Dan, banyak sangat perkongsian pengalaman yang diterima. 
Ada yang aku tak pernah expect pun ada. 
Dan pengalaman seperti itu, memang takkan ada kalau aku terus dok kat meja reception sampai 8 tahun lagi.
 Anyway, pada sapa yang tak bayo premium, silalah bayar. 
Sebab, ada syarikat insurans ni kalau sebulan tak bayo pun, diorang tak cover medical dah.
Ada juga yang baru je nak guna medical card, emegensi tetiba diberitahu pihak hospital elaun wadnya tak cukup untuk bilik paling minimum harganya kat situ.
 Masa tu lah depa mai ngadu-ngadu kat booth kitorang. 

Aku tak kata insurans aku besh.... dan insurans lain suma tak besh.
 Cuma aku nak pesan, tanya agen bebetul apa yang ada ngan takde. 
Skang ni, aku yakin ramai antara kita yang bijak dan celik maklumat. 
LAgi pulak skang dah ada internet. Boleh google apa mau. Kan? 
Jadi, jangan la tenggelamkan kecerdikan minda anda itu begitu sahaja.
 Kalau jumpa booth insurans, duduk dan bertanya. 
Berkongsi info.
 Dan kalau anda semua berpeluang jumpa Makbed kat booth , silalah tanya soklan macam-macam kat beliau. Beliau memang suka orang tanya-tanya soklan ni sejak azali lagi.


Sedia berbakti kepada sesiapa saja ....

Namun begitu, booth kitorang tetap menjadi tumpuan ramai. 
Tapi, yang datang bertanya tentang insurans ni kebanyakkan yang kakinya sudah tempang akibat kencing manis, gout , yang sudah pun sah menghidap kanser, yang sedang menjalani dialisis dan memacam la. 
Kesian.... malangnya, kalau nak beli untuk diri sendiri yang sudah sakit, memang sukar. 
Bukan sombong okeh. 
Tapi, kalau ada kemoskelan tentang kelayakan membeli polisi, boleh jumpa personally dengan agen.



Kak Ju tengah isi form

Tu serba sikit pasal kerja last week. 
Jap gi aku wat review kedai makan lak. 
Sebab, kalau kerja cam ni, memang asyik MAAAAAAAAAAAAAAAKKAN je. 
Aku banyak discover kedai makan baru yang tak pernah dikunjungi sebelum ni. 
So, pasni tak dela boring sangat kehidupan pemakanan aku.





Ketua Misi






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram