Followers

20 Apr 2012

Aktiviti menunjukkan BAKAT




Tarikh kejadian: 18 April 2012
Lokasi : StadiumTertutup TLDM, Lumut


Pada hari tersebut, dengan tidak semena-menanya kena gi training kat Ipoh. 
Maka sudah clash dengan jadual booth aku di Pantai Puteri , Ipoh. 
NAk tak nak, kena gi jugak la training sebab kalu tak cukup CPD hours, kena terminate lak.
 Camno nak servis orang kan?

Kelas start jam 9 pagi, habih jam 5petang. Balik terus laju-laju , then singgah jap kat Petronas Sri Iskandar. 
Makan! 
Sanggup neh tahan perut tak makan masa training sebab nak makan kat Pteronas tu. Wakakakak~


Sampai umah jam 7.30pm. Oh, aku pegi pakai keta Ida Kurau. Bambam Bee takleh jalan jauh sebab belum servis.
 Masa aku ketuk pintu umah beliau nak serah kunci keta, dia rupanya tengah siap-siap nak pi BAKAT.
 Ada training bola jaring ngan geng-geng Markas Armada.

"Amboi, comey benor mu nak main bola?" tegur aku dalam kekaguman.

Ida sengih cam ketam. Dia ajak aku join skali.
Ntah ngapo ritu getik lak aku nak ngikut. HEHEE... Aku kan tak pernah gi Bakat pun. 
Tak penah kena suruh.
Dan aku lak memang bekerja.
 Nasib aku kira baik la sebab tak kena detail. *Ok, pasni musti kena detail lepas ado orang baco entri ni. Ngehngengeh..

FYI, lagi 2 bulan je lagi aku nak jadi isteri Navy. 
BUlan Jun ni, Inche Kitchi sudah tamat perkhidmatan. Udah macam line telepon lak kan tamat perkhidmatan. 
Jadi, rasanya kalau kena detail pegi Bakat pun, aku memang suka nak pegi la dan even tak kena detail pun, kalau ado orang mengajak dan aku free, memang aku gi aje.
 APADAHAL?




Inilah yang berlaku bila orang-orang terlebih BAKAT berkumpul.........




Makbed pakai baju keje je. Pegi tayang comel. HEhehe..

Yang bersukan bebetulnye si tudung petak ngan tudung hitam tu je.Yang lain tu menontot di tepi.


Menunjukkan kepakaran lain - Babysitting
Kalau pakai proper attire , leh la aku join main netball skali. 
Lagipun, dah lama sangat tak bersukan neh... 
Gamaknya kalau tetiba kena suruh lari keliling court, memang fitam berterusan. 
Tengok orang lain lincah berlari-lari jadi jeles plak.


Kepakaran sedia ada - Memberi ceramah kesedaran
Udah tu.. nak dijadikan citer, orang yg dok kat sebelah tu tanya...

"Ini Kak Liza yang jual insurans tu ke? Makbed jenel??"

Dan saya pun menjawab....
"Ye..yee... sayee lah tuh."

"Hah, hari tu sy dah tanya dah pasal insurans kat fesbuk. 
Pe kata akak explain lebih lanjut sementara kita skang tgh takde menda nak wat....
 Sori la ari tu tak sempat balas email sebab bizi keja. "

Maka... Makbedjenel pun mengeluarkan sehelai ketas dan memulakan ceramah. 

Cenggitu je kejenye.






Bukti beliau bersukan pada hari itu


Inilah jiran-makbidan-sahabat yang banyak berbakti kepada saya. 
Tinggal kurang dua bulan je lagi nak bersama. 
Pehni aku dah nak pindah. Sob ..Sob... Sedey~

Maka, di masa yang berbaki tak berapa nak banyak ni, aku akan meluangkan masa menjoyahkan diri dengan mak jemah-mak jemah terhangat seantero pangkalan TLDM ni. 




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram