Followers

17 Apr 2012

2 PRODUK SENDAYU TINGGI DIRAMPAS KERANA MENGANDUNGI SIBUTRAMINE



Terkujat gak aku bila laporan berita mengatakan 2 produk yang ada kena mengena ngan kurus lagi menguruskan telah dirampas dalam satu operasi semalam.

Ntah kali berapa dah keluar laporan produk Sendayu Tinggi ni ada masalah. 
Bab kena tarik balik dan rampas tu, ni kali kedua rasanya aku dengar. 


Kalau tengok dari SUMBER INI, produk yang menjadi 'pilihan' kementerian keseihatan untuk dirampas tu sudah setahun di pasaran.
 Aku pun tak rajin amik tau sangat pasal produk kurus selepas menerima keadaan diri yg tembam ni seadanya. 
Produk tu dirampas kerana telah disahkan mengandungi sibutramine yang mana pengambilan secara tak berapa betui akan menyebabkan penyakit gila dan stress berlebihan.
 Boleh check wikipedia ok. 

Sibutramine ni merupakan dadah kawalan dan telah pun ditarik penjualannya (maksudnya takleh jual le menatang ni) di beberapa negara terpilih.


Komen?


Ada yang cakap , Sendayu Tinggi ni selalu jadi mangsa 'kedengkian' sesetengah pihak.
 Ada yang memberi komen mengatakan rampasan seumpama ni kalau nak buat, buat jelah tak payah la nak war-warkan dalam media bagai... siap mention nama company lagi. 
Tak ke menjahanamkan perniagaan 'orang Melayu' kita?


Well....


Camana plak kalo produk yang korang makan tu bagus, tapi tetiba disahkan berbahaya oleh Kementerian Kesihatan dan produk tu plak dibuat oleh orang bukan Melayu?
 Haa.. caner..? 
Korang nak komen menda yg sama ke?


Melayu atau tidak, jika sesuatu itu terbukti berbahaya, sebagai orang Islam yang berilmu kita perlu alertkan orang lain. 
Dan alert tu bukan hanya untuk orang Islam saja, untuk semua la. 
Itu tanggungjawab masyarakat. 
Abeh, kalau produk tertentu tu dihasilkan oleh orang Melayu, diniagakan oleh orang Melayu tapi ado merkuri ke, jarum jahit ke, taik burung kasawari ke korang nak diam-diam je sebab produk tu orang Melayu yang buat?

Cenggitu ke pemikiran kita di zaman serba berteknologi tinggi ni?


Sebaran adalah PENTING bagi menghentikan pembelian produk tersebut. 
Dan juga membantutkan niat orang yang BARU JE NAK BELI produk tersebut. 
So, bila dah ada alert ni, pikir balik nak beli ke tak ubat kurus cap ni atau pun timbangkan balik WhY DO YOU NEED TO TAKE UBAT KURUS at the first place. 

Sendayu Tinggi memang well-known ngan produk kurusnya. 
Aku sniri pun guna AMMY 60 Days tu. 
Walaupun produk yg aku dah guna tu tak kena rampas, tapi skang aku lak rasa cam takut. 
Kang gila tak pasal. HAHAHAHAHA.. 

Weh, pengguna Sendayu Tinggi memang ramai wooo.. 
RIbu-ribu.
 Ce bayangkan kalau suma amik produk yang ada dadah berbahaya ni, pakat-pakat degil nak mempertahankan company kesayangan , pehtu pakat-pakat sakit semua. 
Gilo... !!


Pehtu jadi zombie...................... macam citer Walking Dead tu. 


WAAAA~

Tu la dia secebis imaginasi dari aku. 



Untuk mengetahui lebih sah tentang berita rampasan dan mengenali produk rampasan tersebut, silalah gi blog ondscene.my






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram