Followers

5 Mar 2012

Wawan demam 40.1 degrees, Oni muntah-muntah




Wawan asek nangeh je. Lepas nangeh dia meracau-racau. Suhu badan didapati lebih panas. Last bagi ubat demam adalah pada jam 7 petang. Kebah le kejap. Tapi pastu panas balik. Cam tak lut je paracetamol neh.

Disebabkan dia manyak nangeh je jadi batuk-batuk dia mula kedengaran makin teruk. Nangeh pun bukanlah yang melalak tu. Nangeh manja je. Biasa la ...BAdan tak selesa. Tapi, kuar jugak le ingus nye tu. Wawan takmo baring. Nak diriba aje. NAsib baik la Apak belum balik KL lagi.

Wawan takleh tido. Tido kejap-kejap pehtu terjaga. Kalau dia demam , memang sangat mudah terkejut. Aku bukak baju dia, biar bolen tinggal pampes. Kendian, aku jerlum badannya dengan tuala basah. Makin marah si Wawan. Tapi aku takde pilihan sebab badan dia cam makin panas je.

Jam 2 pagi, Wawan lansung tak tido. Mata tutup tapi mulut nangeh. Air mata keluar je. Aku tak sure nak bagi ubat demam atau terus pi spital. Tapi last nya aku decide nak pi sepital je. Aku ajak Apak ngan Oni skali. Semua kena paksa bangun tido. NAsib baik la Oni ni jenis tak menangih bila kena kejut bangun. Terus la si kakak ni capai bantal busuk ngan puting dia, menonong je masuk keta.

Sesampainya kat sepital, suhu badan Wawan diamik. 40.1 darjah. Oni duduk ngan Apak. Tetengah dok nguruskan Wawan yang mukanya dah kemerah-merahan tu, tetiba Oni plak muntah...................... Cam pelik lak. Oni jarang muntah-muntah ni. Tapi petang tadi dia ada muntah skali masa aku bagi dia makan malam. Ni muntah plak lagi skali ni... pe cer ni?

Aku dah susah hati dah... Nasib baik la Apak ada. Dia uruskan Oni sementara aku lak bawak Wawan gi emergency room. Pe lagi..kena ubat bontot serta merta. Kendiannya, misi bukak baju, bagi dia mandi. Dekat 15 menet gak la Wawan dimandikan. Teriak dia satu sepital leh dengar kot. Wawan memang anti-air. 2 orang misi menguruskan beliau. Sampai merah-merah badan Wawan dipegang diorang sebab Wawan kan putih melepak. Pehtu, dah demam. Pegang sikit je, nampak cam cedera dah padahal takde pape pun.

Lama Wawan nangeh. Sampai tersedu-sedu. Udah la nangeh masa kena cucuk ubat bontot, pehtu tambah lagi nangeh sebab kena siram air. Dah tu, takmo baring dah. Asal aku baringkan atas tilam, kawan tu nangeh selop. Trauma la tu dah.

Aku tatau apa jadi kat Oni. Aku hanya fokus kat Wawan je. Dari tadi elok nak bawak Wawan je gi check, skang ngan Oni skali kena gi jumpa doktor. Heee.. takpelah. Janji suma ok. Lepas Wawan dah bertenang, suhu pun dah turun jadi 37.9 darjah celcius. Ok la tu. Bawak pi bilik doktor untuk check lagi. Aku risau kat batuk Wawan je. Takut dia semput. Doktor kata kalau ada tanda nak semput, bawak gi sepital lagi. Tapi wat masa la ni, batuk tu terkawal lagi.


Dah selesai suma, aku gi amik ubat kat depan. Oni dah baring atas riba Apak dah, menunggu aku dan Wawan. Dia pun dapat ubat satu beg. Wawan pun dapat satu beg. Basicly sama je ubatnya... pracetamol 120ml perasa ceri.

Skang ni riso sbb Oni berak cirit skali semalam lepas balik spital dan skali lagi masa bangun tido tadi.... Muntah dah takde dah.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram