Followers

27 Mar 2012

TIPS MENUNJUKKAN RIAK KEBOSANAN TANPA MEMBURUKKAN RUPA PARAS ANDA






Bila boring kat opih , korang wakpe? 

Makan?
Tido kat surau?
Tido bawah meja? .... !!
Karoke kat meja?
Kaco orang ?



Korang buleh amalkan tips menghilangkan boring seperti berikut:



Gigit kuku.
Selain boleh membuatkan kuku anda nampak "berkilat" korang jugak nampak comel ketika bertindak sedemikian. Kadang-kadang buleh nampak macam orang bijak terngah berpikir - padahal sebenarnya dalam kepala tu KOSONG je... 
Gaya tu penting, kan?



 Tongkat pipi.
Tongkat dagu dah biasa sangat da. Tapi , aktiviti menongkat pipi ni bagus untuk menegangkan pipi dan mengurangkan kedut-kedut di muka. Pastikan buat kedua-dua belah sebab kalau buat sebelah je, rupa paras pipi tu tak seimbang pulak. Kita takmo begitu ye murid-murid...
Sebelah pipi tahan selama 35 saat. 
Kalau buat lebih nanti bos lalu, bos kata awak berangan plak.




Picit hidung.
Jejeng... Nilah dia rahsia idung mancung seladang seludang. 
Dok saja-saja, tarik la batang idung. 
Selalu baby-baby kecik org tua-tua sibuk-sibuk tarik idung konon nak kasi mancung kan? Teknik itu juga boleh diaplikasi ke atas orang dewasa. 
Bagus juga untuk orang yang dihinggapi selsema kerana dapat membetulkan saluran lubang idung yang tersumbat. 
AMARAN: Jangan tarik terlampau OVER , kang nampak cam menatang 'yang tidak mahu disebut namanya' tu. Terus buruk rupa paras korang. 


Cara terakhir...

 

 Senyum seindah doremon.... bak kata adinda Nurul kepada saya suatu ketika dulu. 
Senang je nak buat ni.
Bukak mata luas-luas. 
Tarik je mulut sampai pipi rasa tegang.
 Tak payah pakai tangan pun.
Bagus untuk otot muka. Even dahi pun terasa tegang. 
Kebaikkannya... org yg nampak kita buat macam ni pun, akan turut sama senyum seindah doremon untuk kita.
 Suasana akan lebih ceria.
 Dunia kita akan lebih bahagia. 
Tapi kalau takde org kat depan untuk anda hadiahkan senyuman begini, cukuplah hanya senyum memandang cermin. 
Senyumlah pada diri sendiri dulu. 
Tak salah pon. 
Makbed selalu je wat camtu.


Sudah senyumkah kalian pada hari ini? 
Bagaimanakah rupa senyuman anda?





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram