Followers

4 Mar 2012

TIPS MENGATASI MONDAY BLUES



"Arrgghh.. Isnin sudaa datang..."

Cemtulah statement yang aku salu nengok bila hari Ahad dekat-dekat nak abih. Kan kan..? Tak ngaku?  Ellleehh.. aku tau la. Dulu aku pon cemtu. Skang tidak lagi. 


Apakah Monday Blues tu?

Moday Blues tu lebih kurang macam "ketidakgemaran kepada ketibaan hari Isnin". Puncanya adalah faktor teknikal waktu bekerja yang wujud dalam dunia ni yangg kebanyakkanya start hari Isnin. Jadi fenomena Monday Blues ni boleh dikatakan masalah secara global la. Semua org ada... 

Berikut ada beberapa tips untuk mengatasi Monday Blues ..

  1. HAri Sabtu atau Ahad tu kuar pi shopping. Beli sesuatu yang baru untuk dipakai ke pejabat. TAk kisah le apa pun, asalkan baru. Sesetengahnya beli baju dalam baru yang mahal punya cap XIXILI tu pun dah leh wat diri tak sesabo nak pi opih pada hari Isnayan... Ntah pape. 
  2. Elakkan tido semedang sepanjang cuti hujung minggu. Kerana ia membuatkan diri anda bertambah malas bila Isnin nak datang. Sebaliknya, isi lah masa hujung minggu dengan aktiviti penuh keriangan. 
  3. Untuk pasangan yang berjauhan dan hanya berpeluang bertemu pasangan pada hujung minggu, pastinya ketibaan hari Isnin tidak begitu mengujakan bukan? Tiada apa yang perlu dilakukan kecuali positifkan diri. Jangan dilayan sangat. Masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan. 
  4. Fikirkan hari Isnin adalah hari bermulanya minggu yang BAIK untuk kita. 
  5. Selalu ingat , even ISNIN tu kita cuti atau public holiday, akan muncul jugak hari di mana kita perlu bekerja. Tiada sapa pon boleh elak kedatangan hari Isnin. 
  6. Bersyukurlah dengan hari yang datang. NAsib baik buleh jumpa lagi hari Isnin, kalau tak jumpa dah camne?? 
  7. BAgi mengatasi Monday Blues, pindah lah duduk kat negeri-negeri yang waktu bekerjanya bukan start hari Isnin iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. 
  8. LAgi senang takmo Monday Blues, brenti keje. Lansung takde blues. Cam haku...





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram