Followers

21 Mar 2012

TENSEN TENSEN TENSEN



Berikut adalah kejadian yang menimpa hari ini..

  • Pengasuh demam. Tak sihat. Jadi, Oni dan Wawan tak gi umah Mama mereka. Betapa hepinye mereka itu. Dapat punggah-punggah rumah sesuka hati. 
  • Kerana terlalu jenuh mengemas rumah hasil punggahan mereka dan aku lak got carried away takleh nampak habuk-habuk tersembunyi, akhirnya aku selsema. Bersin-bersin. 
  • Kordinasi gerak langkah kaki dan tangan Oni semakin baik. Oni sudah jadi lebih proaktif. Untuk mencapai buku-buku dan barang berharga Ibu yang diletakkan lebih tinggi, Oni skang sudah pandai panjat kepala sofa. Dan skang, takde apa menda pun boleh disembunyikan dari Oni. Tempat tinggi? HAHAHAHAHAHA... dia sampai jugak ler. Hadeh~
  • Oni telah berjaya menemui indoor game SAIDINA versi murahan punya, dan telah mengoyak beberapa ringgit di dalamnya. SEDEY dan bengang jugak sebab kena kutip sampah tu sume. 
  • Wawan nangeh dan cengeng tak suda. Nak pi berak pun tak buleh. 
  • Oni terlampau excited dengan buai, enjut-enjut sampai buai tu terbalik, timpa kepala aku. So, aku telah hilang akal selama 18 saat. PAstu, kami main aci ligan / kejar-kejar sebanyak 3 pusingan sebab Oni lari masa aku nak cubit dia. Berani kau~
  • Hari ni aku berinisiatif nak buat ayam bakar. Aku bagi Oni rasa dulu. Slamber je dia cakap... "tak sedap lah Ibu..." kat haku. Cisss... begitu berterus-terang. Memang le tak sedap dah dia makan bahagian yang hangit! HAHAHAHHA
  • Niat di hati nak lipat kain, tapi dengan adanya Oni dan Wawan, aku rasa lagi penat plak. PEnat telinga, penat hidung sebab banyak bersin, penat bahu, penat kaki...penat otak. Gi kerja pun tak rasa penat camni kot. Iskk... surirumah patut diberikan gaji tau. LAgi penat seyy~!
  • NAk tidokan Oni dan Wawan pun satu hal. Berebut buai. LAst skali, Wawan beralah. Ok.. Sebelah kiri ayun buai untuk Oni, sebelah kanan pulak tepuk bontot Wawan sampai tido. Pastu? AKu pun tido skali. Penat woi. 
  • Upacara kemuncaknya, tetiba henpon yg MAk bagi pinjam tu skrinnya terpadam. Terus emosional breakdown. Ni musti kerja Wawan neh. Berkat air liur dia lah henpon tu jadi cemtu. Baru berkira-kira nak beli kalkulator beso gajah kat Giant. Skang,kena gi beli enpon 3310 lak stenbai. Haduiyaii..~




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram