Followers

9 Mar 2012

SINDROM ANAK KEDUA



Hari ni tertengok Assalamualaikum : Sindrom Anak Tengah.

Wahaha..cambes tajuk!


Mengikut pengalama sendiri, bagi aku anak nombor 2 ni berperangai unik. Tengok adik aku je, Si Angah tu memang dah unik dah. Dia la yang paling banyak kena marah berbanding aku. Abah kata dia budak degil dan tidak mendengar kata.


Tapi sebenonye, dia dengar kata. Yang tak dengar kata tu, AKU. KEkekekeke..~


Betul ke sindrom anak kedua ni? Adil ke diwujudkan istilah ni? Bagi aku cam tak fair. Sebab, takde pun istilah SINDROM ANAK SULUNG. Jadi anak kedua ni adalah sejenis SINDROM ke?

Aku paste kat sini sedikit artikel untuk pembacaan bersama supaya korang tak susah-susah nak google cari pasal ni.


Sindrom Anak Kedua atau The Second Child Syndrome'. Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga. 

Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua? Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka. 

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi " Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat "Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. "Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. 

Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. "Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. 

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. 

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri. 
Anak Kedua Lebih Fleksibel - Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. "Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa
Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap 'sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah.
 Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
 Berdikari dan degil.  Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. 

Manusia lahir dengan pelbagai karakter. Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.
Make sense jugak..
Bagaimanapun, anak kedua ke kesatu ke sebenarnya tidak menjadi masalah. Sindrom ni cuma istilah sahaja. Bukannya sejenih penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Pokok pangkalnya, diri sendiri. BErsyukurlah dengan rezeki Allah. Terimalah diri kita dan hargainya. KAlau kita tidak tahu menghargai diri sendiri, orang lain apatah lagi.
Dan sebagai ibu bapa pulak, kenalah bijak handle anak-anak. Sebaiknya, berlaku adil. Nak cakap pun tak pandai sangat sebab Oni dan Wawan masih kecil Tapi, kalau nak diikutkan pengalaman aku masa pregnant dedua anak ni, kami suami isteri memang lansung tak expect. Semuanya rezeki Allah je. Oni spesel sikit sebab aku jadi Ibu baru. Semua barang kena beli. Tapi bila time Wawan, tak banyak sangat baju baju baru yang dibeli, tapi harus dibeli jugak sebab dia lelaki. Tu pun kadang slamber je aku pinkkan Wawan dengan baju kakak dia.
BAgi aku, karakter anak-anak adalah cerminan kita jugak. JAdi, dah tau anak kedua ni spesel sikit dan kita pun dah tau apa puncanya, so lepas ni pepandai la handle. HANDLE WITH CARE sebab anak kedua ni FRAGILE. Karakter pun lain.

meh kita tengok karakter ANAK SULUNG:
  • protective
  • bijaksana
  • lebih mature
  • lebih banyak ilmu lebih suka berdiam dan jarang bersuara tentang pengetahuannya kecuali pada teman rapatnya sahaja
  • berfikiran lebih kritis
  • tidak memukul adiknya
  • bertanggungjawab
  • pandai mengambil hari orang tua
  • ada jugak yg kata anak sulung ni ok-ok , leh borak-borak baik je. tapi kalau kena time dia marah tu, usahle kacau dia sebab sekali dia sembur memang pedih ulu hati mendengar nye. Ehh!
  • bajet hot / bajet ensem. nak ada pasangan pun nak yang hot stuff je.  
  • ego
MAKBED adalah anak sulung


KARAKTER ANAK TENGAH
  • hidup dalam donianya sendiri. bagi aku dia ada idea berlainanan tentang perlbagai perkara. orang biasa pikir macam gini, dia plak pikir macam lain sikit. 
  •  fleksible
  • pandai membawa diri
  • lebih berdikari
  • manja ngan mak
  • cepat sentap
  • degil dalam cara tersendiri
  • tak pandai memujuk, keras kematu 
  • bila bercinta , sangat setia
  • degil... takleh bertoleransi
  • dalam hati ada taman
  • sukar mendengar arahan. takleh kerja bawah orang sebab suka wat hal ikut kepala otak dia je
  • pemaaf 
  • caring
  • mulut laser bila dia marah atau menyuarakan sesuatu yang dia tak suka. 
  • pembuli adik
 INCHE KITCHI adalah anak kedua 


Bagaimanapun, karakter anak sulung atau anak tengah atau pun anak ketiga, keempat dan kelima ni turut dipengaruhi oleh bulan kelahirannya. Paling penting, cara ibu bapa mengasuh dan mendidik anak-anak tu yang menentukan bahagian paling besar karakter diri seseorang anak itu. 









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram