Followers

7 Mar 2012

POLOH??




...

Oni skang makin terer berkata-kata.


PAda suatu petang yang hening, ketika si Ibu sedang sibuk mengangkat jemuran di luar, datanglah seorang budak menganggu-gugat ketenangan ibunya.

Baju-baju yang Ibunya masukkan ke dalam bakul , dicampaknya keluar dari bakul.

Apa lagi... mengamuk lah si Ibu yang keletihan sejak pagi keluar bekerja dan pulang bekejaran ke rumah semata-mata nak angkat kain kerana hari sudah mau hujan.

"Oni, boh balik kain dalam bakul tu..." kata Ibu.

"Taknakkk..." kata budak itu dengan slamber sambil menggeletis di tepian bakul.

"Oni.. tolong la Ibu. Banyak lagi baju nak kutip ni.." pinta Ibu lagi.

"Taknaakkk...."

 Dia buat tatau je permintaan Ibunya. Untuk menambah rasa, budak itu gi punggah pulak mainan yg tersimpan elok di dalam kotak.

PRANGGGGGGGGG!!! 
Ditunggangnya seisi kotak tu. Berteraburlah isi perutnya.

"Oni!!! Wakpe tu...? Kang kamu simpan balik ... Ibu tak larat daa.."

"Taknakkkkkkkkkkkkkkkkk..." jawab si anak slamber badak je sambil berjalan lenggang-kangkung ke dapo. Mainan tu tak pulak diusik. Saja je dia tabur bagi sepah.


Si Ibu mula naik angin.


KELEPISSSSSSSSSHHH!!!!
 Bunyi rotan dilibas atas sofa. Libasan yang memang dikhaskan untuk mendapatkan perhatian si anak.

Budak itu terkebil-kebil.

"Gi susun balik menan masuk kotak.." perintah si Ibu sambil mengacah-acah.

Si anak muncung sambil melangkah malas-malas, menyeret kaki kecil di simen.

"Ibu ni... JAngan le rotan kakak. Siannnnnn kakak..."

"Kemasss.........~" suruh si IBu lagi, bercekak pinggang.

Maka, Oni pun mengemaslah mainan itu tanpa rela. Tapi mulutnya membebel-bebel..

"Adik ni la. Punggah menan takmo kemas~"

Si Adik plak terkebil-kebil.

"Eh..kamu yang punggah tadi. Pesal lak cakap adik... " bebel Ibu tak sudah. Pehtu Si ibu sambung balik susun kain yang bersepah di lantai tadi.

"Ibu.."

"Ye..." jawab si Ibu seraya memandang anaknya.

"Nak andi... Kakak poloh (peluh) dah ni. Kemas menan ni. Taknak la pakai baju ni dah..."

Dalam hati ni, geram jugak. Manyak sungguh la permintaan budak ni. Tu nak cari modal nak main air dalam bilik air le tu.

Tapi bila tengok Oni ngan wat muka kesian, ngan mata bulat , bulu mata lebat , mulut comel muncung dan bercakap-cakap ngan pelat tersendiri tu , nak tergelak la plak.

"Ha.. yelah..yelahh. Poloh ye... Bukan poloh la. PELUH~" aku membetulkan perkataan yang tersilap.

"Oookeeeeyyy............" balas Oni dengan kepala lentok-lentok.







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram