Followers

5 Feb 2013

Perjalanan kerjaya sekitar 2011 hingga hari ini.




Udah merasa bekerja kat opis. Dah lama...
 Walaupun keje aku tak berat mana pun, cuma angkat telepon, halo halo dan babai je.. tapi, kenangan bekerja itu memang yang terindah.

Aku suka kerja. It makes me realize how insane I could be sometimes. AHHAHAHA...


Skang aku dah tak keje opis dah.
Sejak berhenti kerja sepenuhnya pada October 2011, dan berkeputusan untuk berkarier secara profesional sebagai Perancang Kewangan, aku kini jauh lebih ceria dan muda 5 tahun (nampaknya). *Perasan. 
Skang sudah pun berurusan di opis sendiri. 
Gembira dapat melakukan pekerjaan yang aku suka, dalam suasana yang aku suka.


Betapa best ada office di rumah...
 KEadaanya tak sama macam dok kat opis sepertimana yg korang dok skang..


Antara keseronokkannya....

2011


Tak payah kontrol comel setiap saat
Kalau anda berkelakuan huduh di pejabat, anda akan dituduh memalukan syarikat. Jadi, kena maintain cute dan cantik sepanjang masa. Kalau dok umah, ko tak mandi pun takde sapa tau. 



Jamban dekat
Tak yah berebut ngan staff lain. Kat opis aku ada 3 jamban, semua aku punya. Teringat masa peknen Wawan, berebut toilet ngan staff. Pastu jarak toilet ngan tempat duduk tu jauh
. Time ngandung kan asik kencing je. Menyebal jugak la jalan kengkang-kengkang tu semata-mata nak pi kencing. Pehtu tengah jalan-jalan tu, telepon bunyi plak kan. Stress! 
Skang? Tiada lagi. 
Jamban dekat je. 


2011

Takde lalat! 
Opis lama ada lalat. Skang, takde dah pertarungan kalah mati antara aku ngan lalat-lalat kawasan Segari - Pantai Remis tu. Mesti populasi mereka semakin banyak skang sebab aku takde. 
Takde dah lah puisi untuk lalat kat blog aku. 



2011

Boleh bersin sekuat hati tanpa rasa bersalah. 
Paling hebak pun jiran je sound je..
Tu pun sound kat fesbuk. Daripada takde sapa tau aku bersin, tetiba je satu MAlaya tau yg aku bersin.. CIs.
 Tapi, kalau kat opis, aku bersin comel pun diorang pandang macam panda yang bersin.
Siap kena gelak lagi. Ampes tui. 


TV yang ado ni buleh pasang channel mana suka. 
KAlau opis lama tu, asik Channel ntah pape je. 
Balik-balik ada baby berenang. Balik-balik gambo staff tengah wat training. Pastu kuar gambol loji letrik...lagu Adibah Nor ... iskk..
 Gambo aku tak de pon. Nyampah~ Protes!


Boleh makan tanpa kena naik lif pegi pantry.
GAmak dahaga je leh bancuh HKCC. MAkan biskut.
NAk makan nasik pun boleh. Takyah jalan jauh-jauh.
Dan semestinya, aku kena sediakan sendirila semua tu sebab takde tea-lady nak watkan.
Tunggu la sok kaye, ade le orang tolong sediakan. Kan kan...


Server internet cepat. 
Kalau kat opis kena ada masa kena blocked. KAlau tak block, buffering plak.
Tu pun takleh tengok youtube.
TAkleh main farmviller.
Network kadang messy.
 Lepas bising-bising kat Cukod, baru network okey balik.
HAa.. kat umah ni, takde cemtu. Smooth je.
 Mekasih la kat Inche Kitchi sebab bayar bil tetiap bulan. Muahahhahaha~  Tu yan terpaling suka.


Boleh MC tanpa perlu gi klinik.
 Dan takyah sms bos pun. Agak-agak selsema je, terus terjun atas tilam tido.
Nak tido sampai besok pun takpe 


2011

Dah tak emosi dah kalau orang tu tanya soklan salah ke, telepon berdering tanya soklan cepumas ke.. Skang rilek je...
Telefon bunyi jugak tapi suma yg call tu sebab nak bercakap ngan aku, bukan untuk bercakap dengan orang lain dan aku plak menjadi tukang sambungkan talian utk dema. 




Yang tak beshnye, takleh order teh tarik ngan neskepe sedap kat Kak yati the Tea Lady lagi. 





Dah tak minat nak posing macam orang gila sebab dok opis kat umah ni comot-comot je penampilannya.
Kalau kat opis tu kompem comel dah. Duduk je, terus pose depan lektop.Lepas snap pic, tempek kat blog plak. Eii~
Memang masa keje kat opis lama aku jadi camwhore betui.
Bila brenti kerja, webcam lektop terus jammed. Gamaknya terkejut kot sebab servisnya terhenti serta-merta.
Terus Inche Kitchi beli lektop baru, yang webcam nya lansung tak bes. Bila snap je, muka aku jadi tua 12 tahun dari usia skang.
Tu pasal takde gambo pakai webcam dah skang.
Seb baik ada Note. Hehehe..


Dah takde makanan 2 hengget ! 
TAk penah makan nasik mewah-mewah dengan harga RM2 je. KAt opis tu je ada. 



2012

 Gangguan ketika bekerjaya di rumah adalah normal...



Skang hidup lebih ceria denga kerjaya kesukaan dan dalam masa sama boleh be with the kids everytime especially bila diorang tak sihat. 
Takde dah sedih , runsing macam dulu. 
Tapi...aku tetap ada baby sitter sebab baby sitter ni macam orang kanan la jugak dalam menguruskan anak-anak time aku keluar bekerja atau berkursus
. LAgipun, suami ku jauh di sana. Semua kena buat sendiri.
Perancangan itu penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tidak menyukarkan anak-anak kecik ku... 


2012


Ini rupa nya bila
  • nak kuar pi meeting
  • nak jumpa client
  • nak pi hospital jumpa doktor untuk sign surat claim client.
  • nak pi bagi cek claim
  • nak gi shopping
  • nak gi dating



2013




Life is beautiful.
Kita sendiri yg mencorakkan cantik yg bagaimana yg kita mahukan.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram