Followers

9 Mar 2012

MAKBED and the kids



Auni Alwani memang anak yang sweet macam ibunya.
Namanya pun memang direka khas untuk dia. Dan namanya itulah DIRINYA.
Warna-warni ketenanganku.
Walaupun aku cuma tenang time dia tido je. WAWAWAWA~


Alhamdulillah, dia disayangi pengasuh dan sangat mudah disayangi semua.
Orang lahir bulan Ogos ni memang sangat mudah disukai orang.
Aku pun lahir bulan Ogos *nak tumpang jugak tu!
Dia senang dijaga. Makin dewasa makin senang.

Boleh diminta tolong apa-apa pun.
Oni memang anak yang rajin.
Oni sudah boleh bercakap ayat panjang, biarpun tidak jelas kata bunyinya sebab dia cakap laju sangat. Namun hakikatnya, dia memang sudah boleh bertutur dengan baik, siap dengan intonasi suara yang memikat hati sesiapa je yang mendengarnya.
Berbual dengan Oni memang menyeronokkan, lagi-lagi time nak tido.
Masa tu la aku layan imaginasi Oni. Tengok kipas pusing pun buleh jadi stori.

Sudah boleh bercakap di telepon.
Tiap-tiap malam Oni akan request minta telepon ayahnya.
"Ayaaaaahhh.." panggilan mulanya.
"Ayah dah makan ke?"
"Ayah bila nak balik?"
"Oni nak tido dah ni...BAbai ayah. Lebiu." Dan tidak pernah skali pun dia terlupa cium gambo Ayah yang tertera di henpon setiap kali dia babai ayahnya.
Oni memang anak yang sweet...



Bila aku bersedih...Oni tidak pernah tinggalkan aku.
Adakala aku nangeh, Oni datang duduk di riba...
"Ibu...angan la nangehh.." pujuknya. Tapi dia tak tanya pun kenapa aku nangeh. Maybe sebab tak pandai lagi , kan? HAAHAHAH.
Kemudian, dia akan peluk aku kuat-kuat.

Oni is a hugger. Suka sangat peluk orang. 


Kalau aku marah, biasanya marahkan dia, aku diam lama...
Merajuk.
Oni akan datang ngan muka kucing mata beso tu...minta kesian.
"Ibu... jangan marah Oni. Siannn Oni."
Oni suka ketuk kepala Wawan ngan betul susu.
Aku lak suka ngamuk bila dia wat camtu.
Memula Oni menjauh - takut kena rotan.
Kemudian dia akan datang balik , peluk aku.
Dan dia tak akan mengalah selagi aku tak terima pelukan dia.
Kadang aku try gak lari-lari keliling umah nak elakkan dia peluk aku.
Sajeeee.....................Kononnya protes la aku ni kan.
Nangeh Oni kejar aku.
Sebab nak peluk je.
Kesian anak aku kena buli dengan ibu sendiri.

Hari ni Ibu pakaikan inai di jari beliau. Suka betui dia!


Gado camne pun kitorang pada hari tu, pada malamnya time nak tido aku akan peluk Oni erat-erat.
MEmang sejak Oni ada Wawan ni, papehal pun semua Wawan dulu tapi Oni tetap aku tumpukan.
Kesian jugak kadang time aku tengah tidokan Wawan tu, Oni merengek nak susu tapi aku tak dapat nak tunaikan. Oni ni jenis minum susu 2 botol baru nak tido. Botol kedua tu selalunya tak abih pun.
"Kejap ye Oni. Ibu kena tidokan Adik dulu. Lepas Adik tido, baru Ibu leh buat susu kat Oni. Oni baring diam-diam d
ulu ye...."
Begitulah yang selalu aku cakap kat Oni. Aku takleh bangun selagi Wawan yang lalok-lalok tu belum tido betul. Kalau tak, memang nangeh la si Wawan. Aku lak yang pening kendian.
Jadi, kena pastikan Wawan tido dulu, baru aku leh layankan Oni.
Kadang-kala Oni paham.
Kadang-kala datang angin jelesss dia, dia tak peduli apa pun.
Tapi selalunya dia akan jawab ,"OKEEEEYYYY..." panjang-panjang gitew~

Dan sering-kali juga berlaku keadaan di mana dia beralah, dia tertido begitu sahaja.......
Kesian Oni. Tido tanpa sempat aku tunaikan permintaan dia.
Tu lah dia perkara yang membuatkan aku sebak acapkali. 

Tido dah..

Masa ni aku buatkan susu agak lewat. Dia minum sikit sangat , kemudian tertido. 
Sangat kesian...


Nur Najwan Muhammad ni  lain sikit.
Cengeng lebih.
MAklumla... ADIK kan.
Maksud nama pun ada unsur-unsur KEMENANGAN di situ. 
Kalau tak pay attention kat dia, nangeh.
Kalau something yang dia pegang diambil dari tangannya - Wawan nangeh.
Tangisan yang sungguh mengharukan.
Masa demam ritu lagi kesian dengar dia nangeh.
TApi, Wawan suka tengok tv.
Oni dulu beso-beso Wawan mana reti tengok tv.
Asyik nak berdukung aje.
Kalau Wawan, pasang Upin Ipin je dah diam da. Melangut je tengok.
Tetau je dah tido.
Perkara yang paling annoying tentang Wawan adalah kecengengan beliau.
Tapi aku suka gak tengok dia nangeh-nangeh ngade tu - cute!

Kejamkah Ibu?

Ibu minta maaf kalau Ibu berkasar dengan kamu dan kamu. 
Hot temperature Ibu adalah kerana Ibu sendiri.
Merajuk Ibu kerana diri Ibu sendiri. 
Tapi kamu tetap anak-anak Ibu yang terbaik. 
Walaupun mana Ibu pegi, even hanya pegi Tesco tak bawak kamu, Ibu tak sesabo nak balik , amik kamu dari Mama sebab Ibu rindu nak bergelak-ketawa dengan anak-anak Ibu. 
Dan....

Ni dah sihat dah ni. Mula la kerja mengusik.


Minggu depan Ibu kena gi kursus kat KL 3 hari.
ALALALALALALa..
Camne ni??
Camana Ibu nak tido? 
Waduhh, peritnya hati menghitung tibanya detik itu.

Ibu nak Oni tau dan faham...
Ayah pergi 'work' sebab Ayah sayang kita.
Ayah nak bagi kita makan eskrim hari-hari.
KAlau Ayah tak 'work' kita tak boleh makan eskrim.
Kita cuma boleh makan nasik je.
Boring tak?
Walaupun Ayah takde kat sini dengan kita, Ayah sayang kita. 
Jadi, Oni kena pesan kat Wawan juga, sayang Ayah ye... 
Jangan lawan-lawan cakap Ayah. 

Dan Ibu nak Oni mengerti,
Ibu juga 'work' supaya Oni dan Wawan boleh lebih selesa. 
Boleh Ibu belikan mainan apa saja siap sekali orang gaji untuk kutip semua mainan yang kamu sepahkan tu. 
Dan Ibu bercita-cita nak buat dapoq umah besar.
Jadi, Ibu kena 'work' jugak la. 


HAbih dah bebel.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram