Followers

23 Mar 2012

Luahan hati seorang MAkbed




Susah juga keje cam ni. 

Bila kita approach dan try nak educate saudara terdekat sendiri, tapi lepas tu diorang bagai menjauhkan diri. Kononnya, kita bercakap ni hanya sebab nak menjual insurans sahaja. Kononnya, saya berbaik dengan mereka kerana mahu mereka menjadi pelanggan saya. 

Oh..ingin saya jelaskan. 

Ketika saya bercerita tentang insurans 
dan kepentingannya, saya hanya menjalankan tanggungjawab sosial. 
GAji saya tidak dibayar pun. Air liur je yang keluar. 

Tapi, bila anda bersetuju memberi komitmen, dan setelah anda sign dan mula membuat pembayaran premium pertama anda, ketika itulah saya bekerja. Dan saya bekerja untuk ANDA. 
Ketika itulah gaji saya dibayar. 
TAk banyak pon dapatnya.
 Dan bukan selama-lamanya pun.
 Anda bayar sehingga umur 70 tahun, komitmen saya dengan anda 70 tahun. 
TApi gaji saya memberi servis kepada anda hanya selama 6 tahun saja. 

JAdi, kenapa bangkitkan soal "saya berbaik dengan orang kerana saya mahu menjual insurans?"

NAmun, tidak semua begitu la. 
Tu cuma secebis kisah je nak kongsi. Just nak gitau apakah perasaan saya bila.....


Orang itu tidak membalas sms saya. 
Saya rekemenkan PruMYCHILD kepada isterinya yang sedang hamil. 
PAling cikai pun, baby lahir tak cukup bulan akan masuk dalam inkubator. Sekurang-kurangnya, kalau masuk ICU seminggu ibu bapanya bolehlah dapat elaun harian, dan tidaklah berkeluh-kesah. Dan juga boleh menampung perbelanjaan lain dengan elaun tu. 

Dan paling penting, baby lahir-lahir saja  sudah bermedical card. 
TAk perlulah menunggu 2 minggu selepas kelahiran untuk membeli insurans lagi.
 Dia sudah diinsuranskan sejak di dalam rahim ibu.
 Andai dia lahir ada sedikit komplikasi, rawatan pemulihan boleh dipercepatkan terus. 
Pilihlah mana-mana hopsital pun, tidak kisah. Yang penting, kewangannya untuk membuat rawatan sudah ada. 

TApi, saya mungkin tidak cukup tegas pada beliau.
 Dan beliau pun seperti tidak mengalu-alukan saya untuk bercerita lebih lanjut. 
Yang keluar dari mulutnya hanya "tengoklah...nantilah... bajet belum cukup..." 


LAhirnya anak beliau beberapa hari selepas itu saya dimaklumkan anaknya sukar berak.
 Perutnya keras.
Disusukan dengan susu Ibu, namun kuningnya tidak surut. 
Beberapa kali admitted semula ke hospital sebab kuning mencapai 200. 
Ibu dan bapa cuba cara kampung juga. Ahli keluarga masing-masing bagi petua. 
Petua termudah, bagi baby minum cecair lebih. Air pun takpa asalkan dia minum. Tujuannya, nak bagi baby tu kencing dan berak. JAdi, bila proses perkumuhan lancar, kuning dia akan berkurangan. JAundis atau kuning kan berkaitan dengan hati. HAti adalah organ perkumuhan. Kena banyak membaca jugaklah kalau dah jadi parents ni. 

PErut baby didapati keras...mungkin ada kena mengena dengan hati TApi saya taktau apa yang berlaku sebenarnya. Daripada apa yang saya dengar, kesemuanya saya dapat rumuskan yang bayi dia ada masalah dan kena pergi dapat nasihat doktor pakar. 

NAk tak nak, dia pi doktor pakar. Dia sniri mengakui layanan hospital pakar memang memuaskan. Doktor spital kerajaan kata baby takde masalah apa-apa. Tapi spital swasta plak kata, saluran usus besar baby kecil dan mungkin tersumbat. Jadi, relevan la kalau takleh berak kan? 

Bagaimanapun, hospital swasta suruh refer balik ke hospital kerajaan, atas faktor-faktor kewangan. Bila refer semula ke hospital kerajaan, beliau kena tunggu bulan 4 untuk PEMERIKSAAN SUSULAN. Sedangkan di hospital swasta tersebut telah mengesahkan baby ada masalah dan perlukan pemeriksaan lanjut segera. 

Aku hanya leh dengar je. Sebenarnya, kalau dia buat dari awal polisi untuk anak dia, rawatan dah buleh terus buat. Duit? TAkda masalah. Attention? LAgi takde masalah sebab kalau ada duit, semua leh jadi. Ketahuilah, orang yg ada insurans ngan takde insurans ni layanan di hospital nya berbeza. Normal la tu. KErja kerajaan yang dibangga-bangga tu, katanya bila masuk wad dapat dok 1st class.. Tak semua wahai sahabat-sahabat ku. Kita tak suka diri dibeza-beza melalui pangkat dan gred, tapi bila masuk hospital, kita yang rasa diri berpangkat ni akan otometik request for 1st class. Normal... Saya pun begitu. Tapi, kalau katil 1st class penuh, kena redha jugak la dok kelas berapa yg ado kan? 


Buat insurans ni bukan sebab nak dok bilik kelas yang elok-elok. BUkan...Itu hanya benefit yang kita dapat bila kita berkomitmen. 

Tapi, kita pandang benefit yang besar contohnya macam isu orang ni. 

KAlau tunggu bulan 4 baru nak wat pemeriksaan, penyakit baby tu maybe akan lebih teruk. 
Kalau ada duit lebih, terus la ke hospital yang boleh membuat rawatan segera. Ini masa depan baby. Kenapa perlu tunggu?
 Kita pun buleh berpikir kan? 

Kemudian, kita menyalahkan hospital kerajaan yang tidak memberi layanan spatutnya, melayan kita seperti mahu cepat-cepat, terasa diri seperti dihalau-halau agar segera berambus dari situ.
 Siapa yang bole menduga akan dapat layanan macam tu?
 Ada orang ok, ada roang tak ok. 

Saya dah terlalu masak dengan isu hospital ni. 
TApi, kita takleh salahkan hospital saja. 
Kita kena betanggungjawab juga. Hidup kita yang sudah dipasak dengan mental subsidi ni membuatkan diri jadi lemak dan lepas tangan.
Isu kesihatan sendiri pun diletak pada hospital. 
Sedangkan, kita sendiri boleh membuat persediaan dari awal. 
Ini tidak.. bila saya sapa saja.. akan terima jawapan seperti ini..

"Oh..kalau sakit, boleh pegi saja hospital kerajaan. Free...!"

Sebenarnya tidak semuanya free wahai kawan-kawan. 
Saya tak boleh nak ceritakan semua kerana terlalu banyak contohnya. 
Tapi, saya boleh berpesan.
 Jika anda mampu, apasalahnya memberi komitmen sedikit membayar insurans. 
Kalau tak sakit, tak apa. Tapi kalau sakit, kita sudah ada solusinya.
 Di tempat saya, nelayan pun sanggup membayar ratusan ringgit untuk insurans diri dan anak-anaknya. 
Kerana dia tau, dia membayar untuk apa.
Dia ada KESEDARAN itu. 

Pekerja-pekerja kerajaan sekelian, jangan terlalu bergantung harap pada subsidi free kerajaan tu. Sebab bila terjadi sesuatu diluar jangkaan, kita akan kecewa dan menyalahkan pihak lain. BErubahlah. 
Kita perlu BERTANGGUNGJAWAB pada diri kita sendiri dari mengharapkan bantuan orang lain yang belum pasti akan ada atau tak. 
MEmang betui rakyat Malaysia ni pemurah, tapi jangan le pulak mengambil kesempatan. Bersedialah sebelum terkena. 

TAk rugi pun membeli.
 TApi, akan rugi kalau anda membeli polisi yang salah.
 Berjumpalah dengan agen dan pilihlah plan yang sesuai dengan keperluan anda. 
LAin orang, lain keperluannya. 


Dan personally, saya terkilan kerana tidak dapat 'masuk campur' memberi bantuan yang saya sememangnya BOLEH BERI kepada saudara saya ini. 
Dia tidak percayakan kebolehan dan kemampuan saya
 Saya gagal membuatkan dia yakin. 
Saya tidak mampu bagi bantuan dari segi kewangan. Saya bukan orang kaya. KAlau kaya aku dah beli ferrari dah! TApi, saya ada ilmu dan effort. 
Saya juga ada lesen untuk memberi khidmat. KAlau nak ikut, selama 14 hari anak dia dok wad sebab kuning tu, dia dah ada RM1400 dah. 


Bila dah kuar statement "KALAULAH AKU ADA INSURANS...mesti tak jadi camni.." ketika dia sudah terlantar di hospital, itu tandanya sudah agak terlewat la tu. 


Anda boleh reject saya. Saya takda apa-apa efek. Saya sudah memberi komitmen saya. Ketidakmahuan anda, tidak memberi efek pada diri saya....sehinggalah sesuatu yang buruk terjadi kepada anda. MAsa tu, Allah je yang tau perasaan saya sebagai seorang consultant...  :-(


Buat client-client aku yang sedia ada, aku sayang korang. 
Korang sayang aku tak...?



p/s: ini luahan peribadi ye. buka untuk tujuan komersial.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram