Followers

14 Mar 2012

Kini di Prudential Training Academy, Ukay Perdana



Nak amik gambo bilik tapi malas berganjak dari katil. Yang ni  je la hasilnya. Pinjam tudung Kak Ju.


Saya kini berada di UK.



Giyahhh!!!!!


Saya kini berada di Prudential Training Academy, Ukay Perdana. Perjalanan dari Lumut bermula jam 11.00 pagi tadi. Stop kat Kuala Kubu gi amik My Laling. Pastu, My Laling lak jadi driver. Bawak aku , Kak Ju dan Kak Nor ke destinasi.

Honestly, sangat jakun kerana tak penah sampai training academy. Tatau plak Prudential ada Training Academy. Tu pasal la jakun tu! Siap ada semingpul (swimming pool) tau!

Bilik plak macam asrama. Saya ditempatkan di bilik 6 katil, semua katil 2 tingkat. Oleh kerana saya sampai awal, saya boleh cop katil kegemaran. Kalau zaman kurus dulu, leh la dok katil atas. Tapi, skang atas faktor usia, saya pilih katil bawah je. Walaupun cam tak gah je sebab tadi cakap bilik ni cam asrama, tapi bilik saya ada ekon. KEsimpulannya, saya suka la training academy ni.

So... lebih kurang macam masuk akademi fantasia la jugak. HAHAHAa...Bawak beg akademi fantasia lagi tu. Tarik beg sambil nyanyi ..."PERCAYA PADA DIRI DENGAN HARAPAN DAN, KEYAKINAAAAANNN..."

Setakat inilah dulu laporan saya untuk kali ni. Next entri mungkin boleh snap gambo-gambo yang lebih berprestij. Skang, saya nak tido. Leteh la plak.


Sekian berita. Lintas lansung dari Ukay Perdana.


Ni pinjam tudung KAK Nor plak. Dia suruh modelkan tudung dia sekali.



P/S: Rindunya kat Oni dan Wawan.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram