Followers

30 Mar 2012

Kek Batik dan Berger Kenit untuk Oni-chan




Motif panjat lemari ni? Taktau la..


Aku terpaksa la ubah sofa kat area rak ni sebab Oni dah memanjat-manjat dan punggah barang atas tu. Natijahnya, 1 frame gambo saya telah selamat dipecahkan. SOb sob..~ 

Skang ni amende pun tak slamat dah. Semuanya dia boleh capai. Oh, sungguh cepat kamu membesar!


Bosan-bosan, aku buatkan sedikit jajan untuk Oni kunyah bila tengok tv. Sesekali membasahkan mulut dengan makanan yang mewah , besh jugak. AHHAHAH...



KEk batik

Tak susah. Takyah pakai api. Aku buat pun dalam loyang paling kecik existed di dapo. Sebab kami ada 2 orang je pun. Loyang 8 inci je kot. Tu pun leh bagi sikit kat jiran. 


Bahan-bahannya:

Biskut merie. Hancur-hancurkan. Banyak pun takpe sebab nak buat adunan ni padat. 
Milo peket kecik skali. Boh semua.
Sedikit susu pekat manis. 

Caranya...
Pecah-pecahkan beskut.
Bancuh milo pekat-pekat. Air sikit je. Jangan cair sangat, kang tak jadi. 
Masukkan biskut diikuti milo, berselang-seli. Sambil-sambil tu penyekkan sampai kejap campuran biskut dan milo tadi di dalam loyang. 
Bila dah puas hati, dah habih suma biskut dan milo , masukkan adunan tu dalam peti es.
Besok dah buleh makan daa.... Nyumm!!!


Syarat utama kesedapan kek batik ialah

  • GUNA MILO
  • JANGAN KEDEKUT MILO DAN BISKUT MERIE




MAlam pulak, tetengah dok ngadap American Idol, tetiba perut lapar. Oni pun asek dok minta beskut je. Kebetulan tadi terjumpak resepi Mini Burger kat blog Kak Ana. Terus rasa nak try. Daging burger dah ada dah..


Mini Burger untuk Oni-chan


Suka sungguh Oni makan. Licin pinggan. Simple je nak buat. Cuma aku wat setingkat je la. Kak Ana buat banyak tingkat jugak. HEee.. Yang penting, dalam tu ada sayur dan tomato slice. Saja nak test tengok Oni nak makan ke tak semua tu. Aku letak jugak sikit mayonis. Oni tak brapa suka mayonis sbenornye...

Tak sangka lak habih. Tau tak apa yg dia makan dulu? 

Dia makan salad dulu. Salad tu yg menarik perhatian dia. Lepas tu baru dia makan tomato. Tomato tu kecik-kecik je potong, agak-agak muat nak masuk mulut dia. Kalau boh besar-besar kang dia kais keluar je. Tapi, tak sangka la dia nak makan semua tanpa meninggalkan sebutir apa pun, kecuali pencungkil gigi tu!

Ok , pasni Ibu buat lagi. Memang tak susah. Just pakai sekeping daging burger dan sekeping roti gardenia je. Buleh wat 3 set berger kenit dah. 

Kalu nak tengok cara-cara pembuatan, leh klik kat link blog Kak Ana tu...


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram