Followers

7 Mar 2012

[INFO] PNEUMONIA DAN PNEUMOCOCCAL





JANGAN cepat panik jika doktor mengatakan anak anda yang masih kecil (termasuk bayi) menghidap pneumonia. Pneumonia ialah keradangan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua belah paru-paru yang biasanya disebabkan serangan virus. Bagaimanapun, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan pneumonia.

Jangkitan ini membuat saluran pernafasan anak ke paru-paru yang masih kecil menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak cecair berlendir (mukus).

Masalah bengkak dan kehadiran cecair menyekat saluran pernafasan serta mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan paru-paru.

Lazimnya penumonia berlaku selepas jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami pneumonia sembuh dengan cepat.



ANTARA GEJALA PNEUMONIA PADA KANAK-KANAN IALAH:

Bayi baru lahir — Bayi baru lahir yang mendapat pneumonia jarang batuk. Tanda yang lebih kerap diperhatikan ialah pernafasan bayi menjadi cepat, mengalami gejala tarik-tarik, pernafasan berbunyi kasar dan hiposekmia iaitu kekurangan oksigen dalam badan.

Apabila mengalami pneumonia, peti suara menjadi rapat bagi meningkatkan tekanan di dalam saluran pernafasan atas dan membuka saluran pernafasan bawah. Keadaan ini menyebabkan pernafasan bayi berbunyi kasar.

Gejala ini juga boleh menjadi petanda penyakit pada saluran pernafasan bawah.

Bayi lebih besar — Jarang menunjukkan gejala bunyi nafas yang kasar, sebaliknya pernafasan mereka menjadi cepat dan kekurangan oksigen dalam badan. Ini diikuti batuk, hidung tersumbat, demam, tidak selesa dan hilang selera makan.

Kanak-kanak pra sekolah
— Biasanya kumpulan ini mengalami demam, batuk (berkahak atau kering), pernafasan cepat dan tercungap serta hidung tersumbat. Mereka juga mungkin muntah selepas batuk tanpa berhenti.

Kanak-kanak lebih besar dan remaja — Pada peringkat umur ini gejala yang biasa dialami termasuk demam, batuk berkahak atau kering, hidung tersumbat, sakit dada, kekurangan air dalam badan dan menjadi lesu. Mereka juga boleh berasa sakit perit dan muntah.

# Semua kanak-kanak
— Ramai kanak-kanak yang diserang pneumonia cuba mengembang hidung mereka bagi meningkatkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam badan.

Ketika ini kebanyakan kanak-kanak enggan makan. Ramai ibu bapa bimbang melihat keadaan anak tetapi ingat, anak anda akan kembali makan apabila berasa lebih sihat dan selesa.

Yang penting ialah memberi anak minum banyak air bagi mengelak masalah kekeringan. Jika anak masih kecil, suap air menggunakan sudu dan untuk bayi, beri susu (melalui botol atau susu badan) sekerap mungkin.


PUNCA

Banyak organisma boleh menyebabkan pneumonia seperti bakteria, virus, mikoplasma, fungus (chlamydia) dan mikobakteria. Gejala ditunjukkan biasanya lebih kurang sama dan menyebabkan ia sukar dikesan.

Ujian makmal dan radiologi juga kadangkala tidak membantu bagi menentukan punca pneumonia. Rawatan pneunomia berbeza antara pesakit.

Bagaimanapun pada peringkat umur tertentu, pengetahuan mengenai punca dapat membantu doktor membuat pilihan rawatan sesuai.

# Bayi baru lahir (sehingga 30 hari) — Patogen (kuman penyebab pneumonia) mungkin ada di dalam uterus dan bayi mendapat jangkitan ketika dilahirkan atau melalui sentuhan dari orang lain atau peralatan selepas dilahirkan.

# Bayi kecil — Punca paling biasa ialah virus yang menyebabkan kira-kira 90 peratus jangkitan salur pernafasan bawah. Virus pernafasan sinsitia (RSV) adalah patogen paling biasa diikuti virus influenza jenis 1, 2, 3, A atau B.

Jangkitan bakteria pada peringkat umur ini jarang berlaku. Jika ada pun, biasanya dia disebabkan Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza jenis B (jarang berlaku pada kanak-kanak yang mendapat suntikan imunisasi) atau Staphylococcus aureus.

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria pneumonia biasanya menunjukkan gejala lesu, tidak selesa, otot menjadi lembik (hipotonia), kekurangan oksigen dalam tisu dan cecair badan menjadi berasid.


ANTARA KUMPULAN BERISIKO:

# Kanak-kanak di bawah umur lima tahun

# Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian

# Kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan telinga


RAWATAN

Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.

Kebanyakan kes jangkitan pneumonia kanak-kanak boleh dirawat di rumah. Apa yang mereka perlu ialah:

# Banyak rehat

# Minum banyak air dalam kuantiti kecil tetapi kerap

# Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan

# Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol

# Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu

# Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Keadaan kanak-kanak dengan jangkitan bakteria biasanya bertambah baik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas diberi antibiotik. Demam akan kebah, anak lebih bertenaga dan pernafasan lebih lancar.

Bagaimanapun, batuk mungkin berlanjutan beberapa hari hingga minggu. Pastikan anak menghabiskan semua antibiotik yang biasanya diberi untuk tujuh hingga 10 hari.

Jika pneumonia disebabkan jangkitan virus, proses penyembuhan biasanya lebih perlahan, iaitu antara dua hingga empat minggu. Mereka tidak akan diberi antibiotik kerana antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria.

Rawatan di hospital

Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:

# Berumur kurang setahun

# Tidak boleh makan ubat

# Mengalami kekurangan air dalam badan

# Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi cecair melalui drip.


PENCEGAHAN
Pastikan anak anda diberi suntikan imunisasi mengikut jadual. Suntikan vaksin flu tahunan juga boleh melindungi kanak-kanak.

Ajar kanak-kanak sekolah rendah untuk tidak berkongsi sudu, garpu, makanan dan alat permainan dengan orang lain. Langkah ini mungkin payah bagi kanak-kanak kecil kerana mereka suka memasukkan permainan ke dalam mulut.

Selain itu, ajar anak membasuh tangan selepas batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran bakteria atau virus.


VAKSIN PNEUMOCOCCAL

Harga lain-lain ikut klinik. Jab vaksin ni boleh didapati di selected klinik pakar dan hospital. KAlau kat area Manjung ngan Sitiawan ni, leh pi kat doktor kesayangan ramai iaitu Dr. Ling.

Vaksin ni adalah vaksin pilihan. Nak amik pun tak pe, takmo pun takpe. Jadi vaksin ni memang bukan FREE. Vaksin pneumococcal ni bukan saja mencegah pneumonia je, tapi dia cover skali ngan meningitis dan bacterimia, otitis.. ni semua penyakit berkaitan ngan pneumonia la kot.

Vaksin ni kena start dari bayi lagi. Ada 4 dose semua, kena selesaikan. Dan 1 dose tu kalu tak silap RM300 kot. TApi ada klinik yg offer package. Dan vaksin ni sendiri pun ada jenis mahal dan jenih murah sikit. Tapi effectnya sama je.




Lagi info tentang pneumonia : PNEUMONIA,CEGAH MELALUI VAKSIN 


ini ajelah maklumat yang sempat dikumpul. Yang tang vaksin tu, aku survey kat klinik je sniri.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram