Followers

20 Mar 2012

Hidup Berprinsip



Ada tak orang yang hidupnya tak da prinsip? 

Tahukah kesemua orang yang berjaya mengamalkan kehidupan berprinsip? 

Tahu ke camana kah yang dikatakan berprinsip tu? 


Sabda Rasulallah SAW:

" Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka."


Tu adalah salah satu prinsip. Ada banyak lagi.

Go out and meet more people. Then ask them about their principal in life. Kendian, buat comparison. BAndingkan prinsip orang berjaya dengan prinsip hidup orang yang tak berapa nak berjaya.
 Dan nilaikan sendiri.
 Personally, aku katakan yang prinsip hidup seseorang itulah yang membentuk pasal diri, seterusnya membentuk tabiat atau habit seseorang sehingga dia berjaya. 

Aku pernah bertemu orang yang prinsipnya tidak dapat dikenal pasti dalam kategori mana. KAtanya, manusia ni ada 2 sifat. Sifat baik dan sifat buruk. Sifat baik itu keluar apabila bersama dengan orang-orang tertentu contohnya bila bersama suami, isteri , keluarga dan anak-anak. MAksudnya, bila dia bersama orang-orang ini, dia akan BERTUKAR demeanor menjadi baik. Dan kemudian, bagi menghuraikan sifat buruk pulak, sifat ini adalah ORIGINAL jugak dalam diri manusia dan akan keluar bila bersama dengan prang-orang yang LAYAK MENERIMA LAYANAN BURUK. Setuju kah?

Dan jawapan aku...

MAnusia memang Allah kurniakan hati dan nafsu. Sifat baik dan buruk itu memang sudah ada. Tapi, tak semestinya setiap yang ada dalam badan ni digunakan sepenuhnya. Kita dicipta berakal. Setiap sorang ada akal masing-masing. Takde pun yang kongsi-kongsi akal, bukan? Jadi, nak amalkan sifat baik atau buruk tu memula sekali ditentukan akal. Dan , refer balik hadis kat atas tu. 


Prinsip juga mengawal diri kita. Prinsip tu bagaikan acuan. Setiap menda dalam hidup ni ada prinsip. Even makanan pun berprinsip. Ada tak orang buat laksa pakai ikan bilis? PAdahal, ikan bilis tu pun ikan jugak kan? Kenapa mesti pakai ikan sadin, ikan mabung atau ikan kembong? Kenapa mesti kena pakai sekilo ikan? Kenapa tak pakai 3 ekor je? 

Tu jugak contoh PRINSIP. KAlau nak buat laksa, resepinya kena ikan kembong, ikan sardin atau ikan mabung. KAlau ko boh ikan bilis, tak jadi la laksa. Kalau jadi pun lambat la. (tak penah try wat laksa pakai ikan bilis lagi..) Kalau nak buat laksa untuk 4 orang makan, kena pakai sekilo ikan. Kalau pakai 4 ekor je, tak siap la laksa ko. 

JElas menunjukkan, jika kita tidak ada dan tidak mengikut prinsip, kita tak mencapai misi kita pun. Itulah yang dikatakan hidup berprinsip. Hidup berprinsip inilah yang membentuk jati diri dan integriti kita. 



Huraian hadis kat atas tu:

Hidup memerlukan pedoman yang betul agar kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesedaran dan tanggungjawab.

Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkanlah akhlak yang baik terhadap mereka agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Ia mudah cenderungan untuk melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain. 



 Apakah prinsip hidup kalian?


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram