Followers

3 Mar 2012

Bagaimana menguruskan kritikan?



Apa perasaan korang bila ditegur orang kerana kesalahan kecil atau besar kita?
Bagaimana kita memberi reaksi setelah itu?
Camana mimik muka kita selepas itu?
Dan apa pulak tindakan susulan kita lepas tu?


Terpanggil aku menulih entri , sebenarnya terkilan gak la sebilangan orang yg gagal menerima kritikan ni. Sebenarnya, kritikan ni kalau kita ambil positif , hasilnya juga akan jadi positif. Mungkin korang akan kata aku ni pandai bercakap je...


Pernah tak jadi kat kita, lepas kita kena marah ngan bos, kendian kita bukak table, makan ngan kengkawan pehtu kita kutuk bos balik?

Tu kalau ngan bos la..

Tapi, kalau kengkawan? Apa reaksi kita bila kawan sniri yang menegur kesilapan kita. Hakikatnya, dalam hati ni kita tahu yang kita ni ada buat silap, tapi malu nak ngaku. Ego tu memang dah memang wujud dalam hati manusia. Binatang je tak de ego ok. Jadi, takleh nak samakan manusia ngan menatang. Memang tak sama.

Kebiasannya, kalau orang lain menegur, kita akan bengang. Sanggup bergaduh-gaduhan, dan ayat paling koman skali keluar adalah.."KAU SAPA NAK TEGUR AKU? MACAM LA KO TU PANDAI , ALIM, BIJAKSANA SANGAT NAK MENEGUR." 

Atau ayat yang lebih harsh lagi.. "KO CHECK LA LIFE KO SENDIRI DULU BARU TEGUR ORANG. DIRI SNIRI PUN BERJALAN HEROT, LAGI NAK MENGAJAR..." 

Ingin dinyatakan...

Bos bila menegur, tandanya dia kisah dan amik berat.
Orang kalau menyebok-menyebok bertanya keadaan kita, tandanya dia amik berat.
Tapi, once bila orang dah tak tanya atau tak soal maknanya orang tu dah TAK AMIK KISAH KITA WUJUD KE TAK LAGI DALAM ALAM FANA NI.

Tengok le plak cara menegurnya ye.


CAra kita memberi respon terhadap teguran sebenarnya menentukan sejauh mana positifnya diri seseorang tu. Berikut adalah beberapa respon sesetengah orang setelah ditegur orang lain berkenaan kesalahan tertentu yang dia buat:


  • mencebik secara live depan si penegur, kendian publish kat FB
  • nangeh teresak-esak ala-ala model, kendian publish kat FB
  • nangeh meraung-raung seperti beruang, kendian publish kat FB
  • sengeh cam kerang busuk, kendian publish kat FB
  • buat bodo je cam takde pape
  • berbalas-balas yang tidak berkesudahan sampai last skali si penegur tu diam dan si kena tegur tu rasa dia dah menang dah. 
  • mata memandang jauh tidak bertepi (berangan)
  • mengutuk si penegur tu dan terus unfriend si penegur dari FB
  • kumpul kawan-kawan untuk 'berbincang' pasal si penegur
  • buat blog khas untuk si penegur

Let me make it clear..

Critics adalah positif sebenarnya. Most of kritikan adalah membina. Tapi, papepun diri kita sebenarnya yang menilai positif dan negatif sesuatu kritikan itu.

Gossip adalah negatif. Tidak ada gossip yang positif. Sebab gossip ni boleh jadi fitnah. Dan kalau ia betul skali pun, ia tidak membawa kepada hasil yang positif. Pernah dengar tak orang cakap...

"Gosip orang di luar sana mengatakan anda sebenarnya adalah seorang penyanyi yang tersohor negara?" 

Pernah tak ada orang tanya soklan cemtu? Kalau anda ditanya soklan seperti itu, apa respon anda? Kalau betul kita ni penyanyi tersohor dan kita jaawab YES, orang kata kita perasan, kan? KAlau kita jawab NO, orang kata kita "terlalu merendah diri, atau selling yourself short..  Jadi, basicly GOSSIP tidak membantu kiTA BERUBAH PUN. Kalau sebut GOSIP je, memang negatif lah yang keluar.

AKan tetapi, KRITIK memang boleh membantu diri kita berubah. Yang inilah kita perlu amik kisah. Tapi ambil yang mana yang boleh mendorong kita berubah sahaja.

JAngan diserang orang yang menegur. Kerana adat bermasyarakat, dan Islam sendiri menggalakkan budaya tegur-menegur. Jangan lempar gelaran "SUKA MENJAGA TEPI KAIN ORANG" kepada orang lain kerana hakikatnya si penjaga tepi kain tu sedang melaksanakan amanah Allah. Makin tinggi jawatan seseorang, makin besar gajinya, makin tua usianya maka makin besarlah amanah MENGKRITIK dan MENEGUR tu.

Ingat,

life is not just about US. Masa hidup ni leh la ckp macam-macam. Tapi, bila mati kita sudah tidak bercakap lagi. Org lain yg bercakap bagi pihak kita,  menguruskan kita..memandikan, mangkafankan, mensolatkan jenazah kita dan membawa kita ke liang lahad. Bererti hidup kita sebenarnya berkaitan dengan orang lain. Bukan hanya diri kita, suami kita, isteri kita dan anak-anak kita sahaja. Semua orang berdekatan dengan kita iaitu kawan-kawan, jiran, rakan sekerja, rakan blog, rakan fesbuk walaupun tidak kenal begitu baik, tapi mereka juga sebahagian dari kehidupan kita. Embrace it. Acknowledge them. Let them know that they actually exist in your life. Kalau kita layan orang seperti sampah, orang lain juga akan melayan kita seperti sampah. Jika kamu mengeluarkan kata-kata kasar, kasar lah respon yang kamu terima.  NAsihat ini saya berikan kepada si pemberi kritikan dan nasihat juga. Jika mahu menasihati orang, lakukanlah dengan bijaksana. Jangan semberono menyembur sebab lain manusia lain hatinya. Akal yang ada gunakanlah dengan sebaiknya. Kerana apa yang tertulis atau terucap adalah datang dari hati kita. Bukan datang dari kaki, dari lutut atau pun dari telinga. Dari HATI.

Dan kalau diri tu rasa tidak perlu diingatkan, dinasihatkan, ingatlah, dalam liang lahad tu besok ada org tulun ingatkan kita nak jawab pe kat mungkar dan nakir. Dah mati pun, org peringat lagi! Jadi, sapalah kita yg idup ni nak marah org yg nasihatkan kita? Ada berani kritik ustaz yang dok bertalkin tu cakap "ala ustaz, tayah le peringat si polan si polan tu, dia dah mati dah. Wakpe wat menda sia-sia.."

Jangan suka marah-marah, nanti muka berkedut.


[KLIK] Tips menangani kritikan.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram