Followers

21 Mar 2012

7 TABIAT ORANG BERJAYA


Hari ni ada lagi sedikit sharing. 
Just a piece of knowledge that I got from the class I attended last week.
 It changed me after that. 
The whole 3 days and 2 nights training change my view in everything. 

For those who have attended 7 Habits of Highly Effective People, I bet you must gain a lot. 
You can practice it in your life. 
Mula dari bangun tido sampai ke nak tido semula. 
Hakikatnya, baru aku sedar yang diri orang berjaya memerlukan beberapa habit yang sangat simple tapi nak diamalkan tu agak payah la juga kalau tak dimulakan dari kecik. 

Rasa bertuah sangat because I got chosen untuk pergi training ni.
 MAsa kat Malakoff dulu takde peluang la sebab aku ni gred rendah je tak layak nak gi course mahal cenggini. *Sedih kan? 
Tetiba je lepas balik dari kelas tu, aku rasa berbaloi-baloi resign jadi 'pemukul lalat'. 


7 Habits ni feymes tau. Korang google je 7 Habits ni, korang akan tau segala menda pasalnya. Tapi, kalau aku nak explain menggunakan versi aku sniri (aku tau dah kome malas nak google) nilah dia...


The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989, is a self-help book written by Stephen R. Covey. It has sold more than 25 million copies in 38 languages since first publication, which was marked by the release of a 15th anniversary edition in 2004. Covey presents an approach to being effective in attaining goals by aligning oneself to what he calls "true north" principles of a character ethic that he presents as universal and timeless.In August 2011, Time listed Seven Habits as one of "The 25 Most Influential Business Management Books"


HAHHA.. paste je lah. 

 Berikut adalah 7 Tabiat Orang-Orang yang Efektif. Aku share je.
 Tak baik kedekut ilmu sebab tak semua orang dapat / suka / gila / teruja nak pi training lama-lama , kan?


HABIT 1
Be proactive.
Proaktif bahasa orang terpelajar. KAlau bahasa kampungnya, CERDAS. Lawannya, MANDOM. Bila duduk dalam kelas, atau pejabat, ringan-ringankan tulang tu. 
Ambil sesuatu tanggungjawab tu dengan serius dan laksanakan. Sesetengah bila orang offer kerja, masing-masing tunduk je takut kena tunjuk. LAgi teruk, tunjuk orang lain suruh buat kerja tu, padahal diri sendiri boleh je buat. Sikap mengelak tugas adalah satu tanda 'tidak proaktif'. Kalau takde sapa nak offer diri melakukan tugas tersebut, ambil inisiatif untuk OFFER diri sendiri. 


HABIT 2
Begin with the END in MIND
End in Mind maksudnya WAWASAN atau MISI. 
Contoh: Misi kita nak beli keta Ferrari. So, set le dalam kepala nak keje kuat-kuat sebab nak BELI FERRARI. JAdi, FERRARI tu le end in mind kite.
Set kan misi. Berpeganglah pada misi tu. 
Setiap perkara yg kita nak buat mesti kena ada misi. BAru la mencapai destinasinye. K
alau takde MISI ni, sama la macam naik bot tetengah laut tatau mana nak pi. Blur tak?


HABIT 3
Put first thing first
Haa.. yang ni plak kalau tak buat memang cempera la hidup. 
Yang ni kena tau beza antara URGENT dan IMPORTANT. KAlau dalam bahasa melayu kite, dedua ni maksud PENTING. KAn? Sebab tu la kita cempera skit. Tak berapa reti nak beza mana satu PENTING dan PERLU. Tentukan perkara yang nak dilakukan dulu berdasarkan keperluan anda. LAin orang lain keperluan. Kegagalan berbuat demikian memang dijamin akan tensen dan stress sepanjang waktu. Ramai orang tak reti prioritize sampai semua menda DIA RASA PENTING dalam hidup dia dan DIA NAK BUAT SEMUA tu. Last sekali, habuk pun tarak. Pastu tensen .Dan dia ajak orang lain pulak untuk join tensen sama-sama ngan dia. 

Kalau dalam kelas tu diajar beberapa definasi baru untuk senang nak asingkan tugasan kita.
URGET AND IMPORTANT
IMPORTANT BUT NOT URGENT
URGENT BUT NOT IMPORTANT
NOT URGENT NOT IMPORTANT. 


HABIT 4
Think Win-Win
Apabila berlaku bercanggahan atau pertembungan pendapat , cubalah bermusyawarah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya. Bukan sorang menang, sorang lagi kalah. Ataupun dua-dua kalah. Kerana hidup ini panjang dan seharusnya dilalui dengan indah dan gembira. Konflik hanya akan memburukkan situasi. Janganlah asik nak menang sokmo. LAma-lama orang meluat nak berurusan ngan kita. 


HABIT 5
Seek first to understand, then to be understood.
Ni dalam erti kata lain, KALAU NAK ORANG FAHAM KITA, KITA KENA FAHAM ORANG DULU. Biar orang bercakap dulu, dapatkan maklumat dan apa yg ingin beliau sampaikan, kemudian kita pula yang bercakap. JAdi, masing-masing dapat menyampaikan maklumat dan apa yang nak disampaikan dengan baik. TAkde miscommunication jika masing-masing ada peluang nak bercakap. Kalau masing-masing pakat nak bercakap. dan sapa pulak yg mendengar kan? Tidak timbul isu "asyik-asyik aku je yang dengar ko bercakap. bagi la aku bercakap pulak.." Jika ada, maka itu adalah satu ciri komunikasi yang tidak cemerlang. Dan ingat.... JANGAN terus SERBU TAK PAKAI HELMET ye. Equip yourself with knowledge and understanding first, sebelum berkata-kata. KAng gado~


HABIT 6
Synergise
Sepakat membawa berkat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Itulah dia maksud synergise dalam bahasa kita. Sepakat ni penting jika kita bekerja dalam berkumpulan. TAk semestinya dalam opis je kena sepakat. NAk buat kenduri pun kena sepakat. Ce bayangkan kalau time kenduri orang tak sepakat ni, pening tak kepala pengantin? KEsian kan? Ingatlah, kita manusia tidak boleh hidup dan do all things alone. We need people around us. Konsep 1Kepala perlu diamalkan ye. Bukan 1Malaysia je ado. 1Kepala pun ado tau. Kalau tak 1Kepala, kerja tarak boleh jalan juga. Seluruh team akan runtuh kalau takde kesepakatan tu. Dan untuk ada sepakat ni, setiap member dalam kumpulan perlu mengamalkan habit 4 dan habit 5. SIla rujuk huraian kat atas. 


HABIT 7
Sharpen the Saw
Tajamkan gergaji anda. Potong pokok 7 tahun tak tajamkan mata gergaji tu, mana boleh kan. Pisau pun kena asah bila dah lama-lama guna. Kalau tak asah, susah nak potong bawang. Boleh potong tapi lambat. Betul ? 
From time to time, lakukan peningkatan diri untuk meningkatkan produktiviti dan ilmu kita. Misalan, kalau tak reti guna komputer, kenalah belajar sebab skang kan semua menda nak buat kena pakai komputer. KAlau dulu, bayar bil kena beratur, skang dah boleh guna online banking. Zaman berubah maka kita juga kena berubah selaras dengan perubahan masa tu. Self improvement ni meliputi semua segi. Fizikal, MEntal, spiritual dan relationship. KAlau sebelum ni gemok, kerja keras sikit untuk kurus. KAlau sebelum ni kurus, usaha lebih untuk gemokkan badan. KAlau sbelum ni tak penah solat kat masjid, gi ceramah agama, maka skang usahakan lah gi masjid. Dengar kuliah agama. 
Ada sesetengah terlalu teruk kerja sampai nak buat hobi pun takleh. Lama-lama kita pun jadi kematu jiwa. TAke time, gi la rileks. Holiday ke. Itu pun kira sharpen the saw juge. Human being memang perlu begitu. Robot je tak payah. 


Ok..itu saja la perkongsian Makbed hari ni. Panjang sikit. 
Semoga bermanfaat lah untuk semua ye.  
Terima kasih sebab baca. 









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram