Followers

24 Mar 2012

3 Beranak ke Tesco



Bekalan barangan rumah sudah hampir habih. PAmpes nak kena beli. Susu nak beli jugak. DUit cash kat tangan takde. Kena pi cucuk.

HAri ni hari Sabtu. Pengasuh cuti. Balik kampung. Paling besh, Inche Kitchi pun tak balik. JAdi, sapa nak tolong teman gi TEsco beli barang dapo ni? NAk pegi pasar ngan Oni ngan Wawan memang tak leh la. Jenuh mendukungnya.

Pengasuh A janjinya nak gi jumpa, nak kolek duit premium last minit kansel lak. Stended la kan. Kalu tak leh tumpangkan ONi ngan Wawan jap. Pengasuh B memang takde. Balik kampung juge. 


NAk taknak gi la bawak bebudak ni ke TEsco. Bawak dak Oni yg mulutnya tak brenti bercakap..sebab aku soh dia tinggal puting dalam kereta kan? Macam bertih jagung mulut tu bertanya itu dan ini. Sampai CikGad TEsco pun dia nak berkenalan. Pe kah la.. Sebelum gi Tesco tu aku heret dedua skali turun gi cucuk duit kat Maybank Lumut.

"Ibu... nak duit sikit..." mintak Oni.

"Gi mintak kat mesin.." suruh aku lak.

Dia pon pi...

"MEcin... nak duit. NAk beli yemm kat ibu.." katenyee...

Aku sengih je sengsorang. NAsib baik kat bank tu tak ramai orang. Tapi ada la orang. Yang ada tu pakat cubit pipi Wawan sorang sikit. Wawan dah ngantuk dah masa tu. Maklumlah, bangun tido subuh-subuh. Ajak gi TEsco pukul 8.30 pagi. Mana tak ngantuknya...


KAt TEso aku beli semua apa nak beli. Oni request nak tobeyi (stroberi). Biskut meri wajib beli sebab Wawan suka. Oni pun suka. Dia kan ratu beskut. Then buat julung-julung kalinya aku beli Milo. Sebab, Oni skang mengamalkan breakfast minum milo. Kalu aku ngan Inche Kitchi je, Milo memang tak minum. JAdi tak penah beli - kecuali hari tu Kimi datang dan kami suruh dia buat kek batik.. HAHHAA!

MEmandangkan Oni dah beso, jadi kenalah ajar dia makan secara sihat. So, Milo la kan. Susu tu memang dah rutin. Sesekali minum teh. Tapi budak ni semua dia bantai je. Tak mo cerewet-cerewet. Nanti time darurat payah nak idop! KAhkahkahkah. Ngan aku takde la semuanya diharamkan makan. Bagi la jugak buat rasa-rasa. KAng jakun lak. Cuma kawal la pemberian jajan. Selamatnya, bagi je makan kopok ikan yg goreng sniri tu. Aku pun suka cicah sos ngan mayonis. Cokelet memang wajib ado dalam peti es. Cadbury okeh. Coki-coki pun ado, buat upah rajin buat kerja rumah dan berhati mulia. Every good deed , bagi reward. So next time, dia akan buat dan buat, jadi kebiasaan dan tetiba je dia buat tapi tak teringat pasal upah dah.


Dah abih shopping, nak balik le. Hari Sabtu kan Hari TAnpa Beg Plastik. JAdi aku bawak beg Transformer Tesco. Beli sikit je so 1 beg je dah cukup. Pampes lagi. Dah load suma masuk keta. Oni ngan Wawan pun masuk keta. Pecut balik umah. Singgah jumpa Aina amik kad kawin beliau. On the way nak balik tu, cari botol susu Wawan - takde. Rasanya tertinggal dalam trolo Tesco tadi.

Patah balik plak. Seperti diduga, takde pun dah botol tu . HApe lagi.... gi kedai la beli botol susu baru. Waaaaa!!!! Ada la botol MAM kaler turqoise blue. Comeyy.

Penat woo shopping bawak baby 2 orang. Alhamdulillah semua OK. Lepas ni, jangan harap la nak buat camni da. Hehehe..~ 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram