Followers

24 Feb 2012

ROTAVIRUS DAN TANDA-TANDANYA



APAKAH ROTAVIRUS?

Apa itu jangkitan Rotavirus. Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).



 Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti.  Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.


 SIMPTOMS DAN TANDA JANGKITAN

  1. Cirit-birit berlarutan
  2. Muntah berterusan
  3. Sakit perut
  4. demam dan selsema
  5. Bau najis terlalu busuk

KOMPLIKASI ROTAVIRUS

 Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.


CARA MENGATASI

  1. Memberi bayi dengan susu ibu bagi mengelakkan dehidrasi
  2. Memberi ubat dan cecair yang boleh mengubati cirit-birit
  3. Amalkan asa kebersihan seperti membasuh tangan dengan betul
  4. Jika dehidrasi teruk seperti mulut kering dan najis berdarah, segera bertemu doktor.  




    Untuk info lebih lanjut sila ke sini:

    VAKSIN UNTUK ROTAVIRUS


    Credits to:  ROTAVIRUS

    Photobucket
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram