Followers

26 Feb 2012

PMS sampai ngan anak sendiri pun emo.



Hari ni tetiba rasa nak demam. Selsema pastu badan rasa panas , seram sejuk.
 Selsema adalah merimaskan. Bukak laci, tengok ubat selsema dah tinggal sebijik. 
Meset Inche Kitchi minta tolong belikan.

Kalut-kalut masak dengan idung yang berair. 
Rimasnya Allah je yang tau.
 Berapa kali bersin?
 Aku rasa jiran-jiran pun buleh dengar bersin aku yang berpusat di dapur tu. HAHHAHAHAHA.

Lepas dah suap anak-anak, jam dah pukul 4pm. 
Time cemni Oni ngan Wawan patut kena tido untuk pusingan kedua. 
Wawan memang nangeh dah. 
Meragam ngantuk. 
So, aku berikan dia susu sambil tepuk-tepuk bontot kasi tido.

Tapi.....







Wawan memang payah nak tido kalau si kakak tak tido dulu. Wawawawa... tekanan perasaan aku dengan si Oni. Wawan baru je nak lelap mata, Oni lompat atas bantal Wawan.
 Udah dimarah, baik le kejap.
 Bila aku toleh ke lain, dia usik balik adik dia.
 Nak terkeluar anak tekak aku menyuruh Oni tido. Err... dia baring le kejap.
Tu pun, nak baring sebelah adik. Aku tak bagi!
 Soh dia pegi baring jejauh. Pehtu, buat le adegan sendiri, macam aku ni ibu kejam nak pisahkan dia ngan adik dia. 
Phbbbt!!!  

Tapi, bila aku dah kasi chance tu, asal aku toleh tengok tv je, tangan dia pantas je meraba-raba Wawan soh bangun. 

Menyirap tak!

Dah le idung ngah ceceme niiiii...........................


Inche Kitchi pasang movie. Ajak tengok sesama.
 Hidung aku yang mencair ni ditambah lak ngan perangai anak-anak yang bingit tu, buat aku takde mood terus. 
Aku gi makan ubat , pehtu terus tido. 

PErcubaan pertama nak golek-golek sekali ngan diorang atas tilam gagal kerana Wawan asyik memanjat aku je.
Dia pun dari mata kuyu cam Steve Tyler tetiba jadi bulat beso macam Anne HAthaway.
 Bila nak tido nye??? 

Oni lak cam biasa la meloncat-loncat cam kera kena belacan aku pun tak pasti mende yang buat dia seronok sangat. Tetiba menyampah plak.
 Aku just nak tido je. Eiii~ Berbulu je nengok. 





Time selsema ditambah ngan letih badan tu aku mula nak 'berdikir-barat' je.
 Malas nak layan, aku terus gi tido atas sofa. Nasib baik la sofa panjang, dan aku pun dah kurus, kan. Kalau time gedabak dulu, memang tak tidonye atas sofa. 
Sori, tak muat okeh. 
AKu terus tido tanpa mempedulikan sesiapa pun kerana ubat tadi telah menguasai diri. 

Berjaya juga tido - walaupun tak tenang. 
Thanks to the ubat la kan. 

Aku leh tido tak sedarkan diri, tapi dalam masa yang sama aku leh dengar suara Oni menjerit-jerit dalam rumah. 
Whoaaaa... aku cuma mampu menjerit dalam mimpi je.
 Dalam erti kata lain, aku tido bermimpikan Oni yang sedang menjerit. 
Dan walaupun mata terpejam rapat, aku leh tau Wawan tersangkut bawah sofa tempat aku tido tu.. Dia memang selalu tersangkut bawah sofa. 
Reti masuk, tak reti keluar. 

Walaupun begitu, selsema aku berjaya disembuhkan. 
Power betui ubat tu!
 Kejap je aku tido. 
2 jam kot? 

Lepas bangun tu terus aku gi mandikan anak-anak, dan bersiap gi pasar malam.
 Masa dok sesiapkan diri tu, aku tengok pil perancang aku. 

Heee.............. dah tinggal 7 bijik je. 
Maknanya tak lama lagi bulan purnama nak datang, dan skang ni aku tengah berovulasi la kot. 
Sebab tu badan panassssssssssss cam nak demam. 

Gitulah biasanya aku setiap bulan
. So, time ni bulehlah dikatakan aku sedang PMS. 
Ngan anak sniri pun nak emo! 
Rasa nak nangeh.

"Ibu..Ibu demam ke? Tak sihat..?" tanya Oni bila dia tengok aku baring sambil tangan letak di dahi.

"Tak sehaaaaaaaaaaaaat........" balasku , buat-buat nangih. 

"Ibu... Ibu jangan le nangeh. Meh Oni tengok.." Dahiku dipegang dan dipicit-picit. Seperti yang aku selalu buat pada dia ketika dia sakit.




Illa soh aku try Maajun Anggun Bistari. Katanya, dah tak perlu makan pil perancang lagi sebab majun tu dah macam perancang dah. 
Sapa yang pernah try?

Tadi aku google, aku jumpa info yang membantu.
 Antaranya, maajun tu boleh diambil bersama pil. Takda masalah pun. 
Maajun.... pepaham jela kan apa fungsinya. 
Aku suka baunya yang sangat sedap berempah. Huu~ 

Illa dah order dah pun. 
Pakej nya dah pun sampai kat umah aku. Dia tolong orderkan untuk aku sekali. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram