Followers

11 Feb 2012

[PENGUMUMAN] Makbed dot com bermasalah



Salam..


HAri  ni MAkbed kecewa sangat sebab terpaksa release MAkbed.com. Tak tahulah boleh guna lagi atau tidak domain kesayangan tu sebab domain provider bermasalah.


NAk citer pun malas. NAk buat conclusion pun tak tau nak conclude apa. Actually, now sangat malas nak buat apa-apa.


Dari Disember kalau tak silap, company web hosting ni dah kasi renewal notice. Aku pun sembang la ngan 'orang yg bertanggungjawab tu' menerusi YM sebab cara nak berbual ngan dia cepat adalah thru YM je. KAlau email, kan si mailer doremon tu je yg membalasnya. Tapi, kadang kot email pun dia balas juga despite cik doremon tu keluar.


Dia gitau aku dah yg domain provider Makbed.com ni dah backrupt.  Aku memang terkejut dan terkilan. KAlau udah benggrap ke hape, apsal la tak hapdet kot email? TApi time suruh renew, boleh lak email?

So, aku tanya la, apa jadi kat domain aku nanti. Dia soh pakai je sampai bulan 2. Dia akan usahakan juga tengok apa yg boleh dibuat.

Dari apa yg dia explain tu, aku rasa orang ni mungkin boleh buat something untuk client dia. TApi, aku minta tolong dia sesangat, kalau ada apa-apa hal like domain takleh renew ke, gitau la. Sebab aku nak bank-in duit nanti senang.

Dia cakap OK ..


So, aku pon ok la.


BUlan JAn 2012, aku dok dapat reminder email lagi dari company ni soh - ingatkan aku suruh bayar renewal fee. BAnyak kali oii.. Kalau dah bahasa Arab, dah kira lebih dari 3 tu 'JAMAK' la kan. Bukan jimak ek!

Jadi, sebagai orang yang bertanggungjawab, aku wat payment la untuk domain aku. Aku tak terima pape email lain pun, melainkan email suruh bayar renewal fees. TAk mahal pun. RM30 je. untuk setahun.


Lepas bayar, aku pun inform la orang ni.... Aku juga inform menerusi YM beliau yang aku salu sangat tgk dia online. Tapi, kali ni bila aku buzz dia, dia tak reply pun. Hmm...


NAk inform pape officially, kena guna sistem TICKET. So, aku pon log in dalam website dia, dan submit a ticket yang aku ni dah wat payment. Ok - done. Sebelum ni pon aku wat cemtu.


Then...

Aku kehairanan kerna aku masih dapat reminder email soh bayar.

Memola, 1st invoice overdue notice, disusuli dengan notice kedua.

Aku dah mula nak merepek-repek.

Aku hantar satu ticket lagi sebab ticket yang awal tu aku rasa mcm depa ni tak baca je. Dalam tu, mula la kuar bahasa kampung halaman aku kan. Stended la time marah..~ Aku da bayar ni, silalah take note! 



PAstu, aku dapat email camni............






Sedih lagi.

Ingatkan dah setel la problem ni. Kenapa la orang ni tak hapdet ngan aku. KAlau ye pun orang tu dah benggrap, just info la aku nak kena bayar ke tak. Skang, aku da bayar. PAstu, pandai lak TAIP INFORMATION macam gini kat aku. Awat yg sebelum tu tak habaq? MAin-main sungguh~


PAstu kan...

Aku dapat lagi 3rd renewal notice dari diorang!


NAsib baik la masa sima ni berlaku, aku mmg sangat bizi. So, aku tak pikir sangat.

TApi, bila aku duduk kat depan pc nak berblog, nak check email kastemer and I saw that 3rd renewal notice- again, aku mula hangin.

Aku nak refund duit aku. TAk mau le aku nak buat domain baru, lagi-lagi dengan company kau ni dah. Aku tanya dia "apa jadi ngan domain aku?" Sampai haram tak jawab. Buzz dia kat YM, tak jawab jugak. Sebelum-sebelum ni, bijak je jawab semua soklan aku. Skang ni aku nak jawapan, takde.

Honestly, I dont know what's going on. I even don't know how things like this work. TApi, apa yg aku tau sebab company yang mengelolakan service macam ni, customer wajib diupdate. TAtau la aku kalau dia ada hapdet kat blog dia ke tapi, still.... email la. Takleh ke email? Aku rasa programmer hebak cam ni takkan le tak boleh buat menda yg budak darjah 2 buleh buat...... EMAIL gtau apa yg berlaku.

NAk tgu aku ngamuk dulu baru nak balas email....


KAlau korang, nak ke buat domain baru dengan company yg buat camni kat korang?


Skang, aku dah kena setting suma balik. Aku frust sangat sebab aku sayang domain aku. Tolongla sesapa yg tau camana nak buat..Tolong le kasi idea kat aku sebab aku skang ni tengah tatau nak wat ape. NAk nangeh je rasa tapi ada banyak menda nak buat selain dari nangeh sebab domain ni.


Sorilah kepada company berkenaan. Aku tak mention nama company kat entri, tapi aku copy paste email dia je. Korang nak tau, korang google je la. Aku tulih entri ni pun tunggu seminggu. Bagi marah aku hilang dulu, sebab kalau aku tulih time marah memang teruk le rupa paras entri aku ni. KAng aku pun malu nak baca balik~



Aku tulih kat sini pun sebab:


  • pihak sana masih belum reply email aku. Aku nak tau duit aku boleh refund ke tak. 
  • supaya korang yang plan nak tukar domain ni alert. kalau korang dok konsider nak beli, silalah konsider lagi pasni. HAHAHAHAH~

Aku mintak tolong sangat-sangat kat korang, pada yang takleh view updated entri dari Makbed, sila UNFOLLOW blog dan kendian FOllow semula.


MAkbed kini bersiaran menggunakan blogspot semula...



http://makbed.blogspot.com


TErima kasih kepada yang prihatin.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram