Followers

2 Feb 2012

Oni ngamuk!




Lumut, Feb 2 - Kerana kelalaian sendiri, Oni tido tanpa bantal busuk beliau pada malam ini. Apa nak buat. Dah nasib. Bantal kecintaan beliau tertinggal di rumah pengasuh barunya gara-gara si pengasuh tadi turun hantar Oni dan Wawan kepada Ibu disebabkan hujan lebat. KAlau aku parking macam biasa, jenuh la aku nak dukung bebudak ni pegi ke kereta. KAlau hujan ciput-ciput tu aku slamber je. Ni hujan lebat sangat.

Mengamuk la. Asyik sebut "bantai..bantai" je berulang kali. TAkde perkataan lain selain bantal dia. KAlau dah emo tu jangan  cakap apa la ngan dia. Apa je menda yang aku cakap, akan mengingatkan beliau dekat bantal busuk berketang dia tu. Sekejap-sekejap , sebek, menahan sebak. Memang macam dalam drama tv... scene di mana seorang awek ditinggalkan pakwenye. KAn ke nangeh je sambil sebut nama pakwe dia tu?

Haaa.. dalam kes ni, pakwe Oni ketika ini ialah BANTAL dia la.

Untuk memujuk beliau, aku ajak dia gi dapo. Pagi tadi aku janji ngan dia, kalau dia tak nangeh masa gi umah Mama Ya, aku beli eskrim. Dia cakap "OK!"

MEmang dia tak nangeh....

YES...BERJAYA!


So, aku gi TEsco beli Conneto mini. Upah TAK NANGEH tadi.


Berbalik pada citer tadi, aku ajak Oni ke dapo. Memula dia takmo eskrim. Dia nak bantal jugak! Tapi, lepas aku kuarkan kotak eskrim tu, Oni terus berubah fikiran. HEhehheheee..

Selalu tu beli drumstik yang beso tu . Dia makan tak abih. Aku beli conneto mini je la. NAmpak comel je bila ONi pegang. Dah tu, buleh habih kan sorang-sorang tanpa bantuan aku.


Lepas makan eskrim, Oni sambung meroyan cari bantal sampai la tido.

Jenuh pujuk dia.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram