Followers

2 Feb 2012

Mari mengenali kasut kecintaan penuh sejarah Makbed




Kasut ini merupakan salah satu identiti tegar Makbed suatu ketika dahulu.




 Mula memakai boot sejak dari lepas sekolah. Boot pertama adalah pemberian dari Abah. Memula Abah buat muka herot je, tapi dia tetap beli. Dan boot tu la aku pakai gi keje. Disebabkan aku ni amat sangat jarang berbaju kurung atau berjubah atau berkain disebabkan aku gi ke hulu kehilir naik moto, maka aku sangat selesa berkasut camni. 

Dengan boot jugak la aku belajar berjalan menggunakan kasut tumit tinggi. Actually, pakai high heel boots lebih selesa nak jalan daripada pakai pumps atau wedges sebab AKU BOLEH LARI LAJU-LAJU tanpa risau kasut tertinggal kat belakang. 

Kriteria boots pilihan , separas betis. Yang memegang betis aku. Sebab aku naik moto. Dan aku naik moto memang tak slow. Ni memang kasut keselamatan la. Dan even boleh naik belalang tempur Kristar tu even tumit kasut tu tinggi. Dengan syarat, ia adalah boot. Kalau kasut tinggi biasa, leceh. Kasut tinggi yang tali-tali tu, lagi tak penah pakai. BAhaya! Dan tumit nya takleh la yang runcing tu. Kena tebal sikit untuk menjamin kestabilan. 


MAsa aku keje kat TGV , aku gi keje pakai boot. In fact, aku sorang je staff yang pakai kasut cenggini. Sapa cari pasal ngan aku, memang nasib la sebab kasut ni memang aku gunakan sebagai senjata. BAling orang, buleh hilang ingatan kejap. Tapi, aku penah beberapa kali jatuh tergolek, teduduk atas simen time cuci lantai kat Candy BAr sebab lantai baru lepas mop (nak closing) disebabkan aku tak tukar tapak kasut tu yang dah takde bunga. HuuuhUhu.. Siap Cinema Manager buat rakaman cctv lagi. Nasib baik laa time tu YouTube tak wujud lagi. Kalau tak, aku dah lama feymes. 

Boot pemberian Abah akhirnya lupus sebab aku pakai sampai jahanam. Dah takleh nak tukar tapak. Kulitnya dah koyak. Dengan berat hatinya aku buang kasut tu. Gitulah nasib kasut tu setelah beberapa hayat dia aku renew kat kedai kasut. Last skali dah tak leh dah.


Kasut Boot kedua merupakan pemberian seorang kawan berbangsa CIna. Dia tau aku suka kasut rugged cemtu. Dia bagi kasut dia sebab dia dah takmo. Dia nak beli kasut baru. TApi, kasut tu bukan takat betis, tapi sampai ke lutut. Aku takleh pakai le sebab aku bukan jenis yang pakai skinny jeans dan juga bermini skirt, kan?. JAdi, boot tu tak berfaedah buat aku. PAstu, aku sedekah boot tu bagi kat orang.


Dan kasut ketiga adalah sepeti gambo di atas. Inilah dia boot ketiga , yang aku beli sniri. Aku lupa beli kat mana. Tapi, boot ni tak sebest kasut yang Abah beli. Abah memang kalau bab membeli, aku musti taksub dan suka. Even menda tu murah skali pun, aku suka jugak. Tapi sebab aku dah besar dan ada duit sniri, aku kena beli sniri la kasut kan. Sedeynyeeee.....


Aku pakai kasut ni gi keje. Merata-rata dah aku pegi ngan kasut ni. Bila hari kasut ni bercuti, aku pakai sneakers. Memang rugged je aku ni. HAHHA.. Tapi aku pakai sneakers bila kena pakai casual je. TApi, boot memang kasut kerja Muslimah yang paling hawtttt gitu.


Ni lah dia identiti masa dahulu aku. Saje refresh moment itu.
Lepas kawin, aku peknen. Takleh pakai kasut boot dah. Pertama, sebab time peknen takleh pakai kasut tinggi. Kedua, tak muat. Nak zip tak bleh sebab betis gemok! 

Dah bersalin, aku try pakai jugak. Tapi, tak selesa. Sebab badan dah tak balance. 

Bila baru nak pakai balik, aku ngandung lagi sekali. 

So, terbiar la kasut ni kat dinding tepi rumah. Berhabuk-habuk dia. Chiann tui la. 



Semalam, aku amik balik kasut tu. AKu polish bagi kilat sikit. Sambil polish tu aku melayan perasaan tentang sejarah aku bersama kasut ni. KAsut ni tak macam yg Abah beli. Abah beli tu leather. Yang ni, PVC je rasanya. Kena hujan, panas, hujan, panas , banjir, jatuh tergolek suma, calar dah kasut ni. Tapi, aku tetap sayang padanya. 



Tetiba.................................



Plok!!




Tapak kasutnya tertanggal. Bukan sebelah tau. Dedua belah sekali tertanggal. 



Huwaaaa!!!


Sedey nyeeee. Sob SOb SObbb....~


Agak-agak buleh repair tak lagi ni?


Baru terpikir nak wat 'come back' pakai boot. 

Cisbedebah.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram