Followers

2 Feb 2012

Makbed - behind the scene.


Hari ni aku gi wat lawatan sosial ke tempat keje lama yang sentiasa menjadi kesayangan aku - Lumut Power Plant. Nak gi jumpa client untuk sesi penyerahan polisi keluarga beliau, diikuti dengan sesi berjimba sukaria kat kedai simpang, sambil makan sup. 
Wooh, teringin nak makan sup kedai yang banyak lalat tu sbenornya. 

Rindu nak pukul lalat plak ...


Masa nak taip entri ni baru aku ingat yang aku tak de plak snap gambo masa lepak-lepak tadi. Aiyoooo... Lupa lak kan. 
Besh gak. 
Asal nya aku tipon Cukod ajak dating skali tapi hari ni dia bz terlampau lak, jaga cctv. 
Tak cukup geng lak. Aku sampai ke kat opih, tetiba Wak terjojol kat pintu ..

"Woit MAkbed. Aku nak ikut buley?" tanyanya tanpa rasa segan silu. 

"Eh, jom ah. Aku ngan Kak As nak kuar makan sup kat simpang. MOh le.." balasku. 

"Ok.. jap aku nak naik amik wallet."

"Takyah.... aku blanje la..." aku menawarkan diri. 

Tapi Wak buat dono je. Masa Wak naik lif, Kak As plak baru turun lif. Dia bawak companion - Ain.  Cecepat aku transfer kusi baby Wawan masuk bonet. 
Kalu tak kang Wak terus masuk duduk atas kusi Wawan tu. Dia tu bukan buleh..... HAuUAUAHUAHUHAUAH... 


Dari rumah tadi aku set time nak jumpa jam 12.30 tengahri sampai jam 2 je. TApi tu ahh..., KAlau aku dah gi opis tu kan, habih lari suma timing. 
Aku duduk sana sampai pukul 5! 
Borak ngan Kak As sampai 2 jam. Selain dari aku explain semula apa yang terkandung dalam buku polisi dia, sempat gak lagi tu citer pasal kucing di si Dolly, pastu catch up citer lama-lama.
Dah habih citer, gi minum teh tarik Kak Yati plak kat pantry. Kak Yati pun client aku gak. 
In fact, dia 1st client aku.
Cayaaaaaaaaaaaaaaanngg dia. 

Tetengah minum, Abang Shahril pulak datang nak minum sekali. 
Borak lagik! 
Prok prek prok prekk sambil cicah roti ngan teh tarik. Fuh, lama betui tak buat keje camni. 
Tak malu gi minum air kat company orang.. HUHUHUH~  Kat umah sniri malas nak bancuh teh tarik sebab aku sorang je pun. 


Opss.. lupa nak gtau. Oni nangeh lagi masa memula tinggal kat Pengasuh tadi. Tapi, nangeh 5 menet je. Aku sampai kat bawah , start keta, dia dah diam da. Huu..~


Jam 5 aku gerak nak balik. 
Tetiba ada sorang ni telepon cakap nak sembang pasal insurans anak dia. Aku da nak gerak da ni. RIndu kat Oni lak tetiba. Tapi, pegi je la jumpa dulu, sembang-sembang sebab dia nak blanje aku makan kat Secret Recipe. 
Weehu!!!
Kena umpan dengan makanan le plak aku ni. 


Sampai kat umah pengasuh dalam kol 6. 30ptg. 
Oni ngan Wawan terbongkang tido. 
Whoaaaa... tido je dema ni. 
Mementang la umah pengasuh tu senyap sunyi tanpa bunyi kenderaan. Tingkat 4 lagi pon. Semuanya dah siap mandi dan makan.
Lega~


Tapi.... 


Bila balik rumah, dari keadaan ngantuk beria tadi tu bertukar menjadi ntah pape ntah. 
Ni lah salah satu buktinya...






Aku gi dapo nak panaskan laksa mi yang Kak Asmawati Che Nan bagi. 
Pastu aku gi depan balik, aku nengok Oni dok buat tarian singa kat atas tilam. 

"Oni, Wawan mana?" 


Oni berenti lompat. 
Kepala pusing kiri kanan.

"Ntah.." jawabnya, pastu sambung balik lompat. 


Tetiba aku dengar suara Wawan memanggil.
Bunyi cam dia cuba melepaskan diri dari sesuatu. 

"Isshh...ishhh... YAaahh..Yahhh.. Uwwwaaaaaaaa..!! Mamamamaamammaamamma~"

Aku pun pulun la cari ikut arah bunyi kan. 
Sekali, jumpa kat belakang sofa. 
Buleh plak ko nyorok belakang tu. 

Cecepat aku amik kamera, snap picture. 
Tu pasal le tak clear sebab teruja sangat nak tangkap. 
Snap sambil gelak. Gegar kamera aku yang tak berapa nak berprestij tu. 
Padahal, anak dok nangeh tu!
komited tak?

PAstu aku kuarkan Wawan dari situ. 
Abeh mulut berabuk macam baru pas makan rumput. HAHAHAHAHAh~ 
Awak mata dah berair dah. 
Sedih kerana tindakan menyelamat Ibu agak lambat.
Lepas basuh-basuh muka, tukar baju  Wawan dah protes dah. 



Stress!


Ni muka annoying sebab terlampau ngantuk. 
Kalau dia ngantuk , pastu orang tak layan dia, gini la aksi yang akan anda lihat.
Aku suka betui bila dia buat muka camni.
Lagi aku usik. HAHAHAHAHAHAH~ Apak dia sampai membebel kat haku sebab suka buat Wawan nangeh. 


Wawan kalau nangeh suara dia cam Ramli Sarip versi belum baligh lagi tau. Hikhikhik~ 



Mekasih Kak As belanja aku makan sup. 
Mekasih Ain belanja aku makan cucur ubi. 

Sudahnya, aku tak belanja sesapa pun. Diorang yg blanja aku makan. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram