Followers

19 Jan 2013

[INFO] HAK ISTERI DI DALAM PERKAHWINAN MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH



Entri ni panjang sikit tapi bacalah kerana semua nya penuh maklumat. 
PEnat tau aku compile ni... 
Tu pun aku amik mana yang penting saja sebab nak amik semua jenuh aaaa korang nak baca.




“dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)


HAK-HAK WAJIB YANG PERLU DIBERIKAN KEPADA ISTERI


1 - HAK MENDAPAT MAHAR

Firman Allah:

“berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)


Antara beberapa perkara yang boleh dijadikan mahar:
  1. matawang
  2. cincin, kasut ... dll
  3. pekerjaan (seperti menghafal Al-Quran)
  4. makanan atau bahan
  5. dengan memerdekakannya

MAhar adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil sesuka hati suami, melainkan dengan izin isterinya. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali.. 



2 - NAFKAH ZAHIR DAN BATIN

Nafkah Zahir

Antara Firman Allah:

“tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Antara Hadis Nabi :

dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)


Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i.   Makanan.
ii.  Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk
     lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v.  Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang 
      terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)


Nafkah Batin

Pengertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.

Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

3 -KOMUNIKASI YANG BAIK

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya.

 Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)


4 - HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya.

Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.


5- HAK BEKERJA

Hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya.



6 - HAK BERSUARA

Di dalam al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-mujadalah ayat 1

Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga Allah sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar. Ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami.


7 - HAK TERHADAP HARTA ISTERI ITU SENDIRI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang tela diberikannya kepada isterinya.

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)


8-  HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN

Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman
”... Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’).....”.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dalam keadaan ini isteri dianggap sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh Syara’.

Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.



Kesimpulannya, wahai kawan-kawan. Ketahuilah hak-hak anda dan jika anda merasakan diri anda telah di violate' , ditindas , anda sememangnya BERHAK menuntutnya. Jangan dok senyap je , pasrah. Dan para suami di luar sana, ingat ... Berkahwin ini adalah tanggungjawab. Tak usah le guna kuasa veto menonong je tapi apa pun tak tau. Isteri-isteri yang tertindas dan dinafikan haknya ni memang memula senyap je. Tetau je sampai surat mahkamah. Masa tu... sendiri mau ingatlah ye.


Credits to : Robiatul Adawiyah Mohd. Hasil kerja anda saya share di sini...




Habih...


 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram