Followers

20 Feb 2012

Hapdet MAKBED yang dinanti-nanti


Wahh.. Ni memang tahap bersawang siap ada ada sarang anai-anai lagi kat blog. Maaf le... HArapan aku nak menyelamatkan domain kesayangan macam menuju ke arah kegagalan je.

Sampai skang aku takleh nak maafkan domain provider yang benggrap tu. Ye lah! Nyusahkan haku je nak wat semua balik. Menanah hati aku ni gegara bengangkan kat orang tu. Ntah sape la tuan nye...

Tu pun aku masih lagi cuba minta tolong ngan domain provider lain. Stakat la ni, ada perkembangan tapi lama kot prosesnya. Jadi, aku meluat nak tunggu sebab aku perlu menjalankan tugas hapdet blog. Maka, aku pakaila makbed.blogspot.com ni dulu. Tatau la nak pakai sampai bila. Sedih melihat pengunjung yang merosot. RAsa penat sangat sebab kena start over semua balik.

Tapi... wajarkah berputus asa ?


Untuk permulaan, aku dah remove semua link blog hot kat tepi. Linkwithin pun aku delete gak. Link promot bantal kekabu yg menggunakan Wawan sebagai model pun, aku delete gak. Sebab semua tu tak bermakna ketika ini. Tapi, aku akan masukkan semula dalam beberapa hari lagi. Harap bersabau~

Kerja-kerja harian berjalan cam biasa. Cuma, bila time dok depan pc tu, rindu nak merepek dan meroyan dalam blog tu meluap-luap rasa. Tapi, bila taip nama makbed.com dalam google search tu keluar hasil ntah pape, lagi meluap-luap rasa!!! Kembang kempis idung haku ni. Grrrr....  Nak saman pon tak bleh sebab org tu kate dia benggrap. Buang karan je la saman pon. KAn?

So, aku mintak korang yg letak link page aku kat blog korang, silalah remove dulu ek. Tunggu la sehari dua lagi, baru boh balik kat blog. Aku tatau la berkesan ke tak, tapi cuba jela. Tak rugi pun.




Untuk pengetahuan korang, aku skang tengah dalam keadaan murung kerana beberapa sebab:

  1. henpon kesayangan pemberian suami , hadiah melahirkan Auni, rosak.
  2. henpon ganti milik suami, dipinjamkan sementara tunggu henpon saya baik, pun rosak juge. 
  3. tunggu henpon baru nak beli, duit belum cukup. Bajet kaya, nak beli BB. Sapo soh aim melampau kan?
  4. rindu kat Inche Kitchi yang minggu ni absent , tak balik rumah. (Ada exam ..kena study.)
  5. tambah ngan situasi blog aku ni, lagi buat aku sedih sebab tak dapat menulis dan membuatkan orang ketawa dengan hasil tulisan saya. Actually, bila membuatkan orang ketawa ni, rezeki aku jadi murah, macam hujan turun. :-)


Bagaimanapun, setiap sesuatu yang tak besh tu, tidak lah semuanya tak besh semata-mata. Ada juga perkara menarik yg muncul....

  1. Makbed dah kurus sikit. Baju-baju lama telah dikeluarkan sehelai demi sehelai dari dalam kotak. 
  2. Business dan service Makbed diterima. Terima kasih. Rezeki Allah tu. 
  3. Oni dah makin bijak berceloteh. Nak sangat share dalam blog. 
  4. Wawan dah boleh memanjat-manjat. Dan dia semakin hensem. 
  5. tetiba ada cita-cita baru - nak jadi ninja. (Dah jadi kanak-kanak balik lak..)





Makbed terkini dengan Oni terkini.


Ninja? HAHAHA... orang tanya haku apsal asik pakai baju kaler hitam je. Actually, baju hitam tu memang dah sinonim da. Senang, mudah dan selamat. Nak pilih kaler tudung pun senang. BAju suma itam, skali tudung kaler oren. HAHAHAH.. Sapa pun takleh nak ngate aku terkejut fesyen. YAng tang ninja tu, takde kena mengena la ngan baju. Berniat nak amik martial art class semula. Setelah berjaya dengan 1st DAN taekwando di zaman remaja-remaji dulu, aku stop dah gi training. Bajet dah terer cam Master Yoda la kan. Bluwek!

Pastu, sebok ngan keje, dating semua bagai, kawin, ngandung... Beranak. Pehtu ngandung lagi. Beranakk.... HAHAHA.. Meriah kan? Bila nak sambung kelas? Ari tu cakap kat Inche Kitchi aku nak gi kelas wushu. Dia pandang aku takde perasaan je. Skang aku nak pi kelas ninjitsu plak. Cuma nak kena allocate lokasi kelas kat Alor Setar jela pas ni. Bab-bab martial art, memang kesukaan juge.

Kalau tak gi kelas ni, aku sign in kelas hip hop la. Buleh tak? Pastu audition so you think you can dance...? Korang nak ngaku tak aku kawan korang? Haa?


P/s- aku boh gambo di atas kat fb... Komen paling hebak mengatakan , tu adalah gambo Oni, 20 tahun akan datang. Huhuhuhu...~ Comey ke? Kang aku kate comey kang cam siok sniri lak.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram