Followers

26 Feb 2012

Entri Hujung Minggu



Alhamdulillah..sejuk sikit petang ni. HUjan turun lebat mencurah. Pepagi aku dah bangun siapkan sarapan untuk keluarga mengikut kehendak perut sendiri - sebab suami tak penah demand nak makan pape pun. Kalau la dia demand, bini dia belum tentu reti buat. HAHAHA...

Semalam gi pasar malam. 
Misinya satu je, nak beli jagung. So, hari ni aku buleh buat cucur udang letakkan sekali butiran jagung dalamnya. Jenuh gak la memasak ngan 2 anak yang memang jeles , takleh tengok aku kat dapo. Wawan pun sejak dah mahir menyulor ni, semua tempat dia nak pi. Lagi teruk bila dia dah terer memanjat dan turun sendiri.

JAm 12.30 tengahari, aku dah siap masak.
 Dari breakfast sampai ke lunch.
Bubur Wawan aku siapkan. TAk lupa juga lauk faveret Oni, sup sayur dan hari ni menunya ialah sawi masak air campur sikit udang putih. Wawan pun dah leh makan udang. Untuk lauk orang dewasa lak, simple je. Ayam goreng masak kicap. 

Tak susah menyediakan makanan di rumah ni.
 Semua jenis makan 1 lauk je sekali hadap. Lauk tambah selalunya sambal belacan dengan ulam aje tapi sebab ri ni malas nak pi pasar , jadi tu jelah yang ado.

Sejak akhir-akhir ni jadi buntu lak nak masak apa. 
Kalau dulu, aku suka sungguh masak gulai dan makanan bersantan. 
Masak lemak dan kari tu memang ruji dah. 
Tapi, skang, tak lalu plak. 
Sejak Inche Kitchi asik takde sebab kena kursus je , aku tak de selera nak masak pun. Perut lebih selesa makan menda tak bersantan. 
Balik-balik, asam rebus atau masak asam. 
Asam jawa kat umah aku pun dah nak habih. HEHEH..

Dah try dah wat gulai ayam minggu lepas, tapi tak habih pon. Membazir je. 
So, skang kat dalam peti ais di rumahh aku sudah stand by bunga kantan , daun kesum dan serai secukupnya. Oni on je makan asam rebus. Cuma jangan buat pedas-pedas je lah.


Inche Kitchi kata aku dah kurus. Aku baru je nak rasa diri hebak sikit sebab dia kata aku kurus.... Tetiba dia cakap...



"Kurus tang muka je..."



Hampes...........








Tips 'nampak' kurus Makbed yang korang buleh jugak tiru kalau nak...

Senyum selalu. 
Senyum yang ikhlas ye. BUkan senyum perli dan senyum kambing. TApi gambo kat atas ni bukan senyum ikhlas. Ni senyum bajet cun. 

Selalu minum air masak. 

Tomato adalah jajan yang bagus untuk kulit cantik. 



Dan tips untuk KURUS yang paling senang ialah:





Tak yah makan. 



HAHAHHA.. leh ke?

Terbaca dalam majalah RAPI dulu-dulu, bila terasa nak makan je pegi gosok gigi. Huuuuhuu~



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram