Followers

20 Feb 2012

Dalam rumah sendiri pun kena simbah asid jugak.




MARANG: “Saya terjaga daripada tidur sebaik mendengar rakan menjerit kepanasan dan meminta tolong. Tanpa sedari saya sendiri turut menjadi mangsa apabila rakan lain memberitahu muka saya kemerahan dan mula menggelupas,” kata Shahrul Zaman Salim, 38, seorang daripada dua mangsa simbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang, Merchang, di sini, semalam.

Pada mulanya, dia menyangka hanya rakannya, Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, saja yang terkena simbahan cecair itu.

“Bagaimanapun, sebaik rakan membuka lampu, barulah saya terasa pedih di muka dan lengan. Lebih mengejutkan, tilam kami berdua tidur turut rosak disebabkan terkena cecair itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, kedua-dua mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan disimbah dari arah tingkap yang tidak ditutup berhampiran tempat mereka tidur.


Shahrul Zaman yang juga nelayan berkata, dia terkejut sebaik mendengar teriakan Mohd Fazil yang menggelupur sambil memegang muka dan badan yang kemerahan.




 Sumber: METRO




Makbed berkata:
 
Budak-budak kot ni... Saja dapat cuka getah kat memana, nak test, gi tuang kat umah orang. Iskk.. bahaya kat memana je. Dalam rumah sendiri pun buleh kena. Tengah tido dalam rumah sniri tu! Bukan tido tepi jalan. Takleh ke jadi manusia bijaksana dan bertimbangrasa sikit? 


Kalau cenggini , dikira kemalangan ke?






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram