Followers

21 Feb 2012

3 PERKARA




ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI 

1. Waktu - Oni dan Wawan dah besar. Rasa gembira dan puas tgk depa membesar dan semakin hari  semakin pandai di depan mata.
2. Perkataan - Inilah yg paling aku takutkan. Bila kita berkata kasar dgn orang lain, mmg payah nak minta maaf.
3. Kesempatan - Peluang untuk melakukan sesuatu yg baik tidak selalu datang. Alhamdulillah, pelaung yang diberi Allah setakat ni, aku gunakan sebaik-baiknya.



 ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.



Setiap hari aku doa supaya dihindari sifat-sifat di atas. Alhamdulillah, kalau zaman remaja dulu, memang aku cepat je nak sound-sound dan marah tapi sejak dah 'tua' ni, segan plak nak meraban teben tak tentu pasal. KEkekke... Dengki dan iri hati takde dalam kamus idup saye. Jeles, ada la. HAkhakhak~ Dendam? Stakat skang takde lagi. Mungkin aku berada dalam lindungan Allah dari sifat dendam denga mengurniakan satu sifat lain iaitu.....HEAL.

 

ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat


Aku sayangkan kesemuanya. Dan amat bersyukur kerana mereka juga sayangkan aku. Ye ke? Rezeki Allah tu datang dari pelbagai cabang kehidupan. Aku mungkin tidak kaya raya dengan wang ringgit, tapi aku dilimpahi rahmat Allah dengan hadirnya sahabat-sahabat jauh dan dekat yang mengambil-berat. Mekasihh sumer... Cinta, kasih, keluarga dan sahabat adalah kekal, sehingga ke akhirat. Jangan amik mudah. Siapa yang terlupa tanya kabar tu, cecepat amik tepon, dail.... dengar sora je terus LETAK!!!!! hahahahhahaha.... lawak jeee.


Tadi, Si mak Nuqmans meset aku tanya aku ada telepon rumah ke tak.. Katenye, kalau ada boleh le dia gayut ngan aku bebila dia nak. Sebab free....  Huuu.. Leh kena kanser gegendang telinga tau kalu cakap tepon lelama!




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram