Followers

2 Jan 2012

Wawan demam campak?



Wawam masih lagi belum baik demam.
Heran betul.
Dari Jumaat badannya panas. 
Tapi sekejap ok sekejap tak. Ubat demam semacam tak memberi manfaat pon.

Jiwa kacau betui aku ni sebab aku bukan ada di rumah. Ada di umah MIL. Kalau dok Lumut, memang aku tau dah apa nak buat. PAyah kalau anak sakit masa berjalan ni. Anak kecik plak tu. Anak restless, ibu pun sama tak cukup napas. Tetambah le bila malam..

Wawan terjaga di tengah malam dengan sangat kerap. Tak terkira.berapa kali dia menangis. TAk tekira banyaknya aku terkejut dan bangun mengejut bila dia nangeh. Tengkuk, bahu , belakang sampai ke lutut aku sakit betui. KAt sana pulak hujan lebat setiap malam sampai ke pagi. Sejuk gilahh!

Jam 6.30 pagi selepas New Year, Wawan nangih teruk. BAgi susu tamau. Didukung pun dia nangih juga. BAdan dia sangat panas. TAk penah lagi la dalam sejarah anak-anak aku demam panas dan meragam teruk macam Wawan. Paling teruk pun merengek je, peluk-peluk dia diam balik. Tapi, kes Wawan ni lain. Siang dia ok je. Malam nye dia wat hal. Nak tido,  tapi tak bleh tido.

Disebabkan badan dia panas sangat, Apak dia terus bawak masuk bilik air. Menjerit-jerit Wawan nangeh , mintak kesian. Memang le sejuk air nya, kampung kan?

15 minit dalam bilik air, suara Wawan dah tak kedengaran.

Tetiba kuar dari bilik air, Wawan dah senyap. Senyum-senyum.. Eh, da baik ke??

Aku pakaikan baju sume, letak minyak angin kat perut, kaki ..  Lepas bagi susu, Wawan tido. Semua tido...


Malam tu ada kenduri. Wawan diusung ke sana ke mari para tetamu. Sampai kat Kak Zaharah, dia gtau yang Wawan kena demam campak. Campak kecik-kecik je. Dah kuar sampai kaki da pon. Siyes aku tak pasan bijik tu demam campak. Memang kecik je. MAcam ruam kott.


PAtut le lama bebeno Wawan demam.

Disebabkan dah pun sampai kaki, Umie (MI) bagi minum air kelapa je. Petang ni kami suma dah sampai Lumut.

Lega sangat.

Wawan pun takde meragam teruk-teruk. Agaknya dia sonok kot dapat tido atas tilam kerajaan MAlaysia tu. Badan dah tak panas lagi. Tido pun tak pakai baju. Biar je bogel, ngan pampes.

Tengok esok lak camana. KAlau masih panas lagi, kena pi klinik semula.



Demam campak kecik-kecik tu, camana? MEmang kecik ke? GAtal tak? Tengok Wawan takde pun garu-garu beria.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram