Followers

12 Jan 2012

Susulan Kisah Tinja Wawan




Salam sejahtera...Hari tu makbed ada wat entri pasal tinja Wawan yang keluar kaler kelabu. BACA SINI. 


Bercerita pasal tinja kelabu ni, aku memang risau sangat sebab warnanya pelik dari warna taik biasa kan? Sampai aku google, cari merata info pasal tinja. Keyword pentingnya ialah "stool". So, sapa yang nak cari info pasal taik baby, jenis-jenis dan color buleh google dengan menaip "baby stool". Nanti kuar le apa yang patut. Info biasanya dalam English sebab lebih jelas.


Dari pembacaan aku, even though tinja baby jadi kaler kelabu, selagi ia tidak disertakan dengan darah dan teksturnya biasa saja tak keras-keras, maknanya tinja itu dikira normal. Takda apa yang perlu dirisaukan.

Dari pembacaan aku juga, diberitahu andainya tinja baby tu dari kebiasaan kelabu, tetiba ada darah atau mukus , ataupun suddenly bertukar jadi hitam, maka baby tu perlu segera dibawa ke hospital.

Aku rujuk pada kawan-kawan dan akhirnya aku jumpa Dr. Ling. Memula Dr. Ling cakap, kalau taik kelabu ni selalunya ada masalah dengan sistem usus. TApi, cakap Wawan berak 2 hari sekali. TApi sekali berak tu memang tembus pampes dia. Takde pulak taik dia keras ke, ataupun dia meneran dengan dasyat ketika kejadian.

JAdi, untuk memudahkan cerita, pada suatu hari, bila Wawan berak je, aku terus angkut Wawan gi klinik tu. HAHAHA.. JAdi, buleh la aku tunjuk taik Wawan secara live kat doctor.

Doc kata, OK. Normal, takde apa yang perlu dirisaukan.

Wawan berak kelabu sejak umur 4 bulan. Memula dia diperkenalkan susu Dutch LAdy. LAma-lama dia sembelit. Maknanya susu tak sesuai dengan dia.

So, aku tukar le ke susu lain. Memula Frisolac. Seminggu, baru berak.

Pastu tukar Dumex Langkah 1, berak 2 hari SEKALI. Tapi masa tu taik dah jadi kaler hijau-hijau nak kelabu.

Kendian, aku tukar balik Dutch Lady langkah 1. Wawan takmo minum dah. DIa luah. TAk sedap kot. Aku bagi susu tu kat pengasuh, bagi anak dia dia minum.

Lepas tu aku kasi LActogen Lagkah 1. Berak Wawan regular, tetiap hari tapi kaler kelabu. Wawan minum banyak susu tu. Aku lega la dia dah minum susu balik tapi aku tak puas hati taik dia masih kaler kelabu.

 Cukup 6 bulan, aku perkenalkan Lactogen Langkah 2, untuk 6 bulan ke atas. Tinja kuar kaler hijau nak kelabu-kelabu.

LEpas tu, Wawan demam. Taknak menyusu...........................


KEmudian, aku saja je beli Dupro, Langkah 2. Dupro ada tin kecik, so aku bagi sikit kat Wawan masa dia baru baik demam.

Wawan minum. Dan, 2 hari kemudian, tinja dia bertukar jadi kaler kuning kehijauan.

Bagi lagi minum, besoknya dia berak, taik dia dah kaler kuning gelap-gelap sikit.

Maka..... masalah kaler taik Wawan dah selesai dah.

Skang, Wawan minum Dupro Langkah 2.


Entri ni khas untuk saudari GC yang bertanya. Terima kasih kerana singgah di blog Makbed.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram