Followers

12 Jan 2012

Senyumlah Oni. Ibu rindu senyuman kamu....






Oni dah baik demam hari ni.

Semalam last pegi jumpa Dr. Ling sebab demam dia masuk hari kelima. Tup-tup hari ni, dah kebah dah.
YAng tinggal cuma batuk-batuk dan selsema.


Dan penyakit demam tu akhirnya sampai kat aku plak.


Aku demam kejap je. Sehari.
MAkan panadol ngan ubat sesema, tido sehari baik le demam tu.

Tapi, skang aku batuk teruk. 
Dada ni ketat je.
Dan semalam aku kena serangan asma setelah sekian lama tak kena.


Now, inhaler memang sentiasa kat hujung kepala.


Aku sedang agak susah hati..

Sejak demam ni, perangai Oni lain.
Mengada-ngada tu lumrah le lagi-lagi kalau demam, kan?
Dengan takmo makan, minum...
Susu pun taknak.
Suruh aku buat susu, tapi dia tak minum pun susu tu.
Dia peluk je.
Aku bagi botol susu kosong takmo plak dia peluk.

Selalunya kalau ubat tu, pantang offer, laju je dia nak.
Tapi, skang takmo.
Dia hanya cakap "taknak" je banyak-banyak kali.
Selebihnya dia menangih.
Demandnya lebih skang.
Kalau tak ikut kata dia, dia nangeh. Merengek... Pastu menjerit-jerit marah kan aku.
TApi, kalau Apak dia bunyi sikit, dia takut lak.
Kat aku je dia tak takut.

Bagi coklat pun taknak.
Aku letak depan idung dia pun, dia tolak.
Apa ke tandanya tu?

HAri ni bawak client gi check anak dia kat Hospital Manjung.
Aku bawak Oni ngan Wawan since Apak pun ada.
Oni diam je.
Murung.
MEmang lain dari kebiasaan.
Dia dah tak demam da.
Tapi, memang dia banyak termenung aje.
Risau laa....

Petang tadi, pengasuh cakap Oni takmo makan ubat, minum susu dan makan nasi.
Kena paksa baru dia jamah.
Tak macam kebiasaan.
Aku pikir, mungkin Oni sedang mengalami perubahan hormon kot, kan?

So petang tu aku ajak Apak amik Oni , terus gi taman permainan.
Aku nak tengok Oni nak murung lagi tak.
Susah sangat nak tengok dia senyum sejak demam ni.
Asyik nangeh je.
Alhamdulillah, ada la perubahan.
Oni nampak hepi.
Tengok dia berlari-lari di padang tu menunjukkan dia sihat le.
Bila dia teruja nak main kat playground, maknanya dia masih lagi Oni yang sukakan taman permainan.

Lepas gi playground, aku ajak dia gi 7Eleven lak.
Aku soh dia tunjuk apa dia nak.
Cam biasa dia tunjuk kat eskrim.
Pastu dia nak air.
So aku belikan air kotak untuk dia.

Kesimpulannya, Oni sihat.
Cuma mungkin mood takde
Atau maybe dia boring kat life dia kot sibuk Ibu ngan Ayah asek bizi ngan keje memasing.
So, pepetang pas ni kita gi jalan..
Sementara Apak masih lagi ada.
Hujung bulan ni APak dah kena kursus plak.


Tak tengok anak senyum sehari amat merungsingkan.
Begitulah situasinya bila dah jadi mak ni.

Senyum la Oni.
Ibu rindu Oni peluk cium Ibu.
Ibu rindu senyuman Oni walaupun gigi Oni pendek sebelah dan jarang plak tu.
Senyumlaa...
Jangan le nangeh.....
Ibu sayang Oni, ingat tu selalu. 







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram