Followers

10 Jan 2012

Melayu diangkat di Rusia

Terkesima.. Bukan seketika. TApi, sangat lama....


LEpas tu aku kagum.



TAk lama lepas tu, aku rasa malu pulak.





KOrang tengok sendiri video ni ok.










Begitu susah sekali nak membudayakan bahasa sendiri.
Apalah salahnya jika kita pandai banyak bahasa dan kita bijak menggunakan bahasa-bahasa yang kita tahu untuk kebaikan.

YAng aku nampak la ni pun, cakap Melayu pun tak berapa fasih.
Orang Rusia yang tak makan nasik dengan sambal belacan dan tidak kenal budu pun cakap Melayu dengan cantik lagi tersusun.
Cuba tengok rakyat kita sendiri yang berkad pengenalan MAlaysia?

Ada yang berbangsa CIna tahu berbahasa Melayu tapi pelatnya sangat pekat sampai takleh buang. PAdahal duduk sini, beranak-pinak di sini, takkan le tak boleh cakap bagi orang lain paham?

Yang India pulak, jarang la aku dengar pelat, tapi cakap tunggang-terbalik tu biasalah. Stylo gitu~

Tu suma kita boleh handle...kerana inikan 1Malaysia.

Tapi, lebih memalukan bila bangsa Melayu sendiri, kertas peperiksaan Bahasa Melayunya gagal. Sepatutnya, boleh skor 1 dan 2 semudah itu saja. Tapi kalau tergelincir sikit pun, okla kan. Ni tak, lajak sampai 7 ke 9 pun ada. Gagal. TAkleh pi mana pun selagi ko tak re-sit paper tu. Hmm...

Malu tak?

Orang lain mengkaji bahasa kita sampai 60 tahun. Dah beruban, berjanggut.. gigil-gigil dah masih berminat mengkaji bahasa kita.

Kita?

Dah le tak tau asal-usul bahasa sendiri, bahasa orang pun tak teringin nak amik tau jugak. Bahasa percakapan dengan BOS YANG MAHA BESAR, lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa tak tau.

HAHAHHAa.... harbal tak?


Siyes .. aku yang menulih ni pun jadi segan.

Jom... Mari kita pupuk minat membaca macam Lulu Caldina.






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram