Followers

9 Jan 2012

Lain benar demam kali ni..



LAin macam kali ni Oni bila demam.
TEruk sungguh meragam.
Bila tido, mengigau.

Tak abih lagi jerit "TAKNAK!! " banyak kali sambil geleng kepala.
Mata pejam. Dok teringat insiden ubat bontot siang tadi agaknya.

Apeeeeeeeeeeeee pun takmo.
Salu tu offer cekelet, laju je dia amik.
HAri ni, tak mo.

Pagi tadi, dia jamah nasik lemak yang aku masak dengan ayam goreng. Tu pun, sikit sangat.
Tapi dia banyak minum air masak.
Petang, aku offer nugget ayam, dia cakap takmo.
Minta Apak belikan mash potato KFC, kot terbukak selera nak makan.
TApi, Oni geleng-geleng takmo.
LAin benar...
Selalunya, even demam, yang tu le yang paling senang dia jamah.

Bingung la...
Maybe tekak dia sakit.
Atau selera memang takde.
Aku tanya dia, nak eskrim tak, dia cakap takmau jugak.
TApi, time aku tanya tu time dia bad mood.

TAkpe la... besok aku beli aje la eskrim.
Ubat pun takmo makan.

Pegi HATL pagi tadi, dia kasi Bena Expectorant kat Oni sebotol.
Cam tak berani aku nak bagi. Ubat tu ngantuk.
LAgipun, Oni tak suka rasanya.
JAngan kata Oni, aku pun tak suka!
Jadi, Oni just makan ubat Dr. Ling aje.

Biasanya Oni paling gila makan ubat.
Tapi, skang dia takmo.
APA PUN DIA TAKNAK.
Camne ek?

Camne nak amik hati budak kecik demam ek?


Masa baby-baby demam, susah jaga. Sebab kita tak paham sakitnya.
Tapi, budak dah besar demam pun, susah juga. Ada karenahnya. Semua tak kena.


Dugaan menjadi Ibu... Memang kena ada sabar yang menggunung!


Aku pun berhingus suda.
Haduii.... RImas.
Ketat rasa idung ni.
BErapa kali suda aku berjaga sebab Oni terjaga dari lena sambil meronta-ronta.
Kena peluk kuat-kuat dengan penuh kasih sayang., baru dia ok.
Kalau tak, merengek le sampai ke sudah.
Ingus aku ni meleleh keluar tak sempat lap, boleh masuk dalam mulut aku balik laa punya dok menguruskan beliau yang seorang ni.

Malam ni, aku tido asing lagi dengan Inche Kitchi.
Oni ngan Wawan takleh dok dekat-dekat.
Oni batuk sikit je, Wawan dah nangih terus.
Kecoh satu blok!

Atoyaiii...~


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram