Followers

6 Jan 2012

KeMaluAn yang Nyata. Lama sungguh dah tak biol.



KAlau dah biol tu, pakai le lawa camno pun, biol tu takleh nak sorok juge... 


Eh, ngate sape ni?
HAHAHAHHA..


Baca ni..



Hari ni aku kuar gi keje lepas Jumaat. 
Bos transfer duit soh buat payment client beliau.
Dari kat umah tadi, aku dok men sms je ngan dia, kira tu ni, segala macam menda kira, sampai otak pun dah pening. 
PAstu, aku tunggu kat Maybank kat sebelah KAmdar tu jap sambil minum neskepe sementara nunggu beliau siap maybank2u kan duit beliau.

BAnyak RM gak la...


HAri ni aku tak naik BAmbam BEE sebab Bambam Bee dirembat oleh Inche Kitchi ke KL 3 hari lepas. So, aku drive kereta AdiWIRA aje milik Ida KUrau. 
Keta wira kaler kelabu.

PAs Bos kata dia dah bank in, aku pun gi la cucuk duit. 
Biol jap tengok jumlah $$$$$ dalam tu. 
TApi, dia bank in lebeh RM50. 
On the way ke kereta, aku tipon Bos untuk tanya dia, apsal dia boh lebeh.


Sambil cakap tipon, aku berjalan menuju ke kereta. 


"Bos bagi lebeh ni? Saya minta RM1500 aje."


"Tu duit gaji advance la. TAkmo ka?" kata Bos. 


 "Eh... Nak..NAk!!" balas aku sambil sengeh di tipon. Bukan dia nampak pon kan?


Pastu ada la amanah lain lagi disampaikan.
Sampai kat keta, tengah dok tipon tu, aku cuba cucuk kunci keta AdiWIRA tu. 
TApi, takleh plak bukak koncinye....

Berdekatan ngan aku , aku ternampak kelibat sorang lelaki ensem sedang berdiri menunggu seseorang agaknya. 
KEmas penampilan. 
Berbaju kemeja, berseluar slack dan bawa beg sandang. Ensem gak lak.

Aku try lagi bukak kunci. 
Takleh juga. 
Try banyak kali, takleh gak.


Dah habih dah cakap telepon. 
AKu masukkan henpon dalam beg.

Aku cuba lagi pulas kunci.
TAkmo terbukak la lock pintu keta ni.


Aku moskel.
Pikir sejenak...




PAstu aku toleh kiri. 
Aku tengok atas. 
"BEtui ke tempat aku parking ni?" aku cakap sengsorang. 


Eh, tadi aku parking depan restoran Thailand. 
Depan-depan restoren tu. 

TApi, ni bukan kat DEPAN-DEPAN restoran. 
Ni HUJUNG restoran.



Alamak, aku salah kereta ke?


Aku toleh belakang. 



Aku nampak lagi sebijik AdiWIRA selang sebijik kereta dari tempat aku berdiri. 


Definately itu kereta aku.

sebab ado kemek-kemek.


Akan tetapi..............................................




Ada lelaki ensem tadi di hadapan kereta aku yang SEBENAR. 
Dan, lebih memilukan, lelaki itu berdiri bebetul depan kereta aku tu. 


LEbih tragis lagi, lelaki itu sedang memandang ke arah aku!


Aku berpikir. 
Takkan nak cover comel lak kan? Panas kot tengahri rembang ni nak buat sombong tak nak patah balik?


"ISkk....patah balik je la.... " bisik hatiku. 
Dalam hati risau gak takut mamat ensem tu gelak , rebah ke tanah kang. 


Aku pun jalan la macam itik pulang petang. MAta aku tepat pandang mamat ensem tu sebab mamat tu pun dok tengok aku - sambil sengih. 


Tak puas hati betoi aku. 
Ko ni nyusahkan aku je.
Kalau takde kat situ kan senang. Apsal ko usha aku ni? 
Hati menyumpah, tapi mulut aku senyum je... HEHEE..


"Errrr... tu keta awak ke?" 
Tetiba mulut aku lancar je bertanya soklan. 
TAk tahan weh. 
NAk tanya jugak apsal dia usha aku. 
Kot le aku terjah keta dia tadi. Musti dia ingat aku pencuri kereta! 
KAlau tu betui keta dia, aku nak mintak maap sambil hulur bisnes kad aku sekali.


Mamat tu senyum lagi. 
Adoi..nasib bek ko ensem. 
KAlau tak aku demah dahi ko ngan henpon aku yang dah panas sebab cakap lama-lama ngan bos tadi. 


"HEHEHEHEH... Bukan lah!" balas lelaki tu. 
Masih lagi senyum. 


Dalam hati aku, memang aku malu gila. 
MAlu...TAtau nak sorok mana muka aku ni.
BAju jubah , kasut tinggi, dah comel dah aku, tapi biol. 

"HEHEE.. Err..sebenarnya tadi tu bukan keta saya. Kereta saya yang ni..." kataku sambil tersengih kambing campur kelat siap malu segala. MAcam nak sorok je muka dalam kain. 


MAmat tu senyum lagi. KAli ni lagi lebar.


Aku masukkan kunci kat lubang kunci tu.


"Haaa... buleh pun bukak kunci." RIngan plak mulut aku bercakap. 
PAstu aku pun bukak pintu dengan bibir yang masih lagi tersengih-sengih. 


Mamat tu masih lagi usha aku. 
Kali ni dia gelak terkekek-kekek.
MEnyampah lak aku nengok.


"Sori..saya gelak. Tadi saya tengok akak sebab takut akak nak minta tolong kot takleh bukak pintu ke hape tadi... TAk sangka plak jadi cam ni. KAHKAHKAHKAH.." Mamat ensem itu masih ketawa. Omaigod. Patut kah aku tampo je dia ni? 


Aku sengih. TApi aku tak pasti sengih apa. Dan aku tak balas pun apa dia cakap. 
Siyes, aku cuma mampu sengih je.








Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram