Followers

10 Jan 2012

Hati Ibu tak pernah salah



 Citer ni agak panjang, tapi baca la..


Aku gi umah Awie (bukan nama sebeno) setelah dapat tahu anak sulung dia Mira Maisara dok sakit. Itu pun, Awie tak gitau sendiri kat aku.
Aku tau dari bini dia, Amna (bukan nama penuh, tapi nama manja dia..)


Masa aku sampai, Mira tido aja atas katil.
Perut dia buncit sikit. TApi aku buat tatau je la sebab perut budak beso Oni kan kadang-kadang buncit ye dak?
Aku masuk umah dengan slamber dan cerianya tegur dan marah-marah Awie sebab dah lama tak kontek aku.

Awie ni kawan masa kat kampung dulu. Tapi la ni dok kat Ipoh. Keje kat company private yang perlu dirahsiakan namanya. Tapi takde le sehebak Malakoff tu.. HUhuuu~


Awie sengeih je.
Dia tanya khabar aku. APsal aku tak bawak Oni ngan Wawan sekali. Isk..mana le buleh nak bawak dedua skali. Laki aku takde. Susah nak drive sampai jejauh.
Tu pun nasib bek dia dok Sri Iskandar je. Senang aku nak pi sebab dah biasa.


Dipendekkan citer....


Rupanya Mira Maisara sakit. Agak tenat le jugak walaupun pada mata kasar aku yang rabun ni Mira nampak sihat. Perut buncit tu bersebab rupanya.


Dia ada masalah hati.


Masa Amna gitau tu, aku gi dekat-dekat Mira, aku tenung mata dia.
Memang ada tanda-tanda penyakit hati, antaranya mata dia kuning. Pastu, tanda lain, perut dia buncit le. Cuma perut Mira ni tak buncit sangat. Tapi, kulit Mira memang ada nampak kuning.

Masa memola tu, Awie ingat Mira saja-saja muntahkan makanan.
Protes takmo makan. Hari-hari dia marah Mira sebab buat perangai.
Awie ngan Amna ingat Mira Maisara ni jenih picky-eater. Sampai la satu masa tu, Mira demam panas, lepas tu asyik muntah kejenye. Perut pun keras.

Awie terus bawak pi klinik.
TApi, klinik suruh bawak pi hospital. Maka Awie pun bawak pi Hospital Ipoh.
Kena masuk wad... TAhan 3 hari.


Masa tu la dia tau, saluran kecil dalam hati Mira tersumbat, dan memerlukan pemidahan hati dengan kadar segera. Diorang di refer ke Hospital Selayang plak.

Tapi, kat spital Selayang, Mira perlukan donor dari penderma yang sudah meninggal, atau penderma yang baik hati nak derma hati ataupun daripada ahli keluarga sendiri yang match darah dan match segalanya la, mengikut prosedur pemindahan hati. Masing-masing ada berisiko.
TApi lagi lama tunggu lagi manyak risiko.

Ujian dibuat ke atas Awie dan Amna.
Amna kata, Awie punya hati lansung tak boleh sebab dia merokok. Dia ni merokok dari skolah menengah kalu tak silap.
Amna je boleh, tapi masa nak buat pembedahan tu lama la pulak..lagi 3 minggu ke 4 minggu gitu.

AKu hanya buleh dengar jeeee.. Huuuu...

Al-kisahnya, aku penah citer pasal medical card kat Awie, tapi Awie takmo.
Katanya takde bajet.
Company dia memang ada medical card dah. So, dia just pakai medical card tu dulu.

MAsalahnya lani, company dia tu cakap, dia takleh cover pembedahan hati Mira sebab dah lebih bajet. KAlau buat kat Hospital Selayang, buleh la tapi dah lambat pulak prosesnya...

"Dah tu apsal ko keluarkan Mira dah spital? DOk je la sampai 3 minggu...pastu kan bleh operate..."tanyaku.


Mira baru jek keluar spital beberapa hari masa aku pi tu.


Alasan Awie..

"Aku kena gi keje. Bos aku da bising. Dah lama sangat aku unpaid. Aku takleh biar Amna je jaga Mira. Anak-anak lain lagi nak kena tengok. Mira kena jaga selalu. Libang-libu aku... Ingat nak wat kat private. MAk aku soh gi SJMC, cepat sikit... Tapi, aku tak brani. Duit tarak..."katanya.


Aku diam.
Pikir...
Dalam hati aku, aku pikir, sama jugak. Kalau donor takde, nak buat apa pun takleh. Skang ni ada Amna, bleh jadi donor. Tapi, Lambat plak.
TApi biasanya memang amik masa lama sikit... 3 minggu tu utk check tekanan darah, nak stabilkan berat Mira dan donornya sebelum pembedahan dilakukan. But, cemana dia leh concern kat kerja plak time-time ni? Huuuu~

LEpas habih borak, Amna tarik tangan aku gi dapo.


HAHAHA...



"Jah, aku kan... Ade amik prudential kat kawan aku. MAcam yang ko cakap kat Awie tu. TApi, aku tak gtau Awie. Skang pun Awie tatau. Aku amik kat Mira," Amna cakap pelan-pelan kat aku sambil tunjuk medical card Mira dalam beg duit.

"Laaaaaaaaaaaaaa.......................... Ko ni! Time camni punnnnn ko berahsia lagi?" marahku. Aku tengok kad tu dah setengah tahun lebih usianya.

"Aku takut Awie marah. Aku pakai duit yang dia bagi bulan-bulan. Awie tak bagi beli sebab bajet tak cukup. Tapi, HAti aku tak sedap, aku terus beli kat agen tu, kawan aku. Tapi, kebetulan ko ada ni, aku tanya la. BOleh pakai ke?"

Berdebar-debar terus jantung aku. Huh! Gilohhh! Aku pun tatau kenapa .

"Boleh sangat ni Amna....! Ko ada kad ni, ko nak buat kat Hospital Selayang ke, SJMC pun boleh. KOs tu tak jadi masalah dah. Yang penting, ko timbangkan spital mana yang offer pembedahan dalam kadar segera. MAna buleh tunggu ni...!"

Aku suruh dedua mak apak tu bawak balik Mira gi Hospital Selayang hari tu jugak.
Yang si APak tu aku bebel sebab buleh lagi concern pasal keje time cenggini.
Anyway, berapa lama pun Mira kat sepital nanti, dia dok wad biasa, icu atau wad pembedahan, semuanya diberi elaun harian.
Jadi, kenapa nak kisahkan pasal gaji nak kena potong dan unpaid leave?

Elaun wad biasa Mira - RM100 sehari
Elaun ICU Mira - RM300 sehari
Elaun wad pembedahan - up to RM2500 sehari.

PAstu, kos pembedahan free. Kalau kad Hospital Selayang kena bayar Rm500 minimum kot, bleh jadi free jugak kalau ada medical card. Kalau takde pun, medical card opis kan ade... 


Lepas tu, aku tengok muka Amna , si ibu tu tersenyum penuh makna. Dah tak mendung dah lagi wajahnya.


Yang si Awie plak, memula dia marah kat Amna sebab buat insurans Mira tanpa izin dia. TApi, lepas aku gtau pasal elaun wad tu kan, dia diam lama. Siap sendawa lagi lepas tu. Kuang asam tui.



Terima kasih kerana meluangkan masa.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram